BAB 50

10.9K 354 6
                                    

BADAN itu dilempar kasar ke arah tanah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BADAN itu dilempar kasar ke arah tanah. Mata coklat madu menikam tajam lelaki yang dilemparkan itu. Kaki itu naik memijak kuat dada lelaki itu.

"arghhh!!!" lelaki itu mengerang kesakitan tatkala dapat merasakan tekanan kuat di bahagian dadanya. Tangan cuba untuk menolak kaki itu pergi namun kaki itu seperti batu tidak mahu berganjak.

"maaf! Maaf! Tolong lepaskan aku! Aku tak sengaja!" ujar lelaki itu berkali-kali sambil cuba menolak kaki yang memijaknya itu.

Aryan mencemuh tatkala mendengar rayuan lelaki itu. "Hei nopal! Kau fikir aku nak lepaskan kau macam tu jer ker lepas apa yang kau dah buat dengan adik aku ha?!" ujarnya kesat. Kaki itu makin ditekan kuat.

"arghhh.. Arghh! Please tolong.. Aku mintak maaf! Aku tak sengaja nak buat macam tu!" ujar Naufal.

"hah! Tak sengaja?! Cuma orang bodoh jer lah boleh percayakan kau!" ujar Arfah pula dengam nada sinis. Tangan itu dicantumkan bersama sehingga terdengar bunyi 'ketak-ketuk' seperti sedang mematahkan jari. Urat-urat mula timbul di tangan kekar itu. Mata coklat gelap itu memanah tajam wajah Naufal yang sudah merah akibat menahan sakit.

"aku betul betul tak sengaja! Aku cuma nak pisahkan dia dengan Harith! Harith tu bahaya!" terang Naufal lagi. Aryan makin menguatkan tekanan di dada Naufal.

"apa yang buat kau fikir yang kau lebih layak dari Harith?" ujar Aydan sinis. Dia sedang duduk di atas kerusi sambil kaki disilangkan. Mata coklat madu itu memandang Naufal dengan pandangan dingin.

Naufal mengetap bibir. "Raven! Harith tu Raven! Korang tahu kan siapa Raven!" jerit Naufal lantang.

Aryan, Aydan dan Arfah terus berkerut dahi tatkala mendengar perkataan itu. Aryan terus melepaskan pijakannya lalu tangan kekar itu naik mencengkam kolar Naufal. Kolar Naufal ditarik kasar.

"apa kau cakap tadi?!" jerkah Aryan.

"hahahaha... Aku cakap Raven tu Harith! Harith tu Raven! Kau tak percaya? Cuba kau tanya dia sendiri atau kau tanya adik kau!" ujar Naufal dengan gelak sinis.

Aryan melempar kasar badan itu kedinding sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

Bam!

Naufal jatuh terjelopok ke lantai tatkala belakang badannya terasa amat sakit.

"arghh.." dia mengerang kecil. Aydan terus bangun dari duduknya. Kaki itu menapak langkah perlahan ke arah Naufal.

Naufal memandang wajah Aydan yang dingin itu dengan muka cuak.

Aydan mencangkung sehingga matanya setara dengan mata Naufal. Tangan itu naik menonjol kasar kepala Naufal.

"Atleast.." Aydan menonjol lagi kepala Naufal.

"Dia" satu tonjolan lagi dilepaskan.

"lagi"

"baik"

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now