BAB 22

15.1K 505 16
                                    

TERKEDU Aulia seketika apabila melihat adegan Abangnya dan Harith dari jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERKEDU Aulia seketika apabila melihat adegan Abangnya dan Harith dari jauh. Dari jauh Aulia melihat Harith yang sedang menggenggam kolar baju abangnya dengan kasar. Aryan pula sedang tersenyum senget ke arah Harith. Mata mata sudah mula terpaku ke arah dua jejaka itu. Ramai orang yang berhenti mahu melihat apa yang berlaku. Tanpa disedari Aulia telah mengorak langkah berlari ke arah Harith dan Aryan. Wajah cemas dan terkejut itu masih lagi terpangpang di muka mulus Aulia.

Aulia melihat Aryan yang ditolak kasar oleh Harith. Badannya lantas mempercepatkan larian.

"HARITH?!" jerkah Aulia.

Harith menoleh ke arah Aulia yang sedang berlari ke arah mereka. Tangkas sahaja tangan Aulia memeluk badan Aryan yang sudah terduduk di atas lantai itu. Mata coklat madu milik Aulia memandang tajam ke arah Harith. Dahinya berkerut tatkala memandang ke arah Harith.

"Awak buat apa kat abang Aryan?!" suara Aulia kedengaran tidak senang dengan tindakan Harith.

Harith tertawa sinis melihat Aulia membela jejaka itu berbanding dia.

"hahahaha... Aulia jadi ni lah lelaki yang bertapak kat hati kau sekarang ni? walaupun kita kahwin ni sebab terpaksa aku tetap tak cari perempuan lain tetapi kau berani membela lelaki lain depan aku? kau lebih memilih untuk membela lelaki yang entah dari mana berbanding suami kau sendiri?" rambut coklat keperangan itu dikuak ke belakang. Aulia memandang Harith dengan wajah kebingungan.

"Lepastu kau sentuh sentuh dia dah macam tak tau halal ke haram! Isteri jenis apa kau ni? Apa yang kau buat ni seperti kau tak respect aku langsung! Walau apapun yang terjadi kau tetap isteri aku... Aku yang tanggung dosa dosa kau. Aku betul-betul jijik dengan perempuan macam kau. " Harith melontarkan kata kata itu kesat.

Terkilan Aulia tatkala mendengar kata kata Harith yang seperti menuduhnya. Perkataan 'jijik' yang dilontarkan oleh Harith itu seperti menikam-nikam hati kecilnya. Memerah mata Aulia apabila memandang wajah beku Harith. Aulia rasa seperti dirinya derendahkan didepan orang ramai. Perasaan sebak itu kian berubah menjadi kekecewaan.

Tangan kecil itu tangkas dihayunkan ke wajah Harith.

Pang!

Kepala Harith terteleng ke kiri tatkala tangan kecil itu menampar wajahnya. Terbeliak mata Harith apabila merasa perit di pipi. Badannya kaku tidak sangka dirinya baru sahaja ditampar oleh Aulia.

Wajah Aulia kini memerah. Air mata jernih kini berjurai-jurai membasahi pipi. Wajah penuh kekecewaan itu memandang Harith.

"Saya tak sangka yang awak sekejam ini Harith... Sampai hati awak cakap saya ni 'jijik'? Sedap awak jer tuduh saya yang bukan bukan... Lelaki ni abang kandung saya, Aryan Danish bin Hisham! Saya tak sebodoh itu... Walaupun perkahwinan kita ini dipaksa saya tidak akan sesekali merosakkan nama baik awak lagi lagi bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Saya yang sepatutnya cakap.. Saya 'jijik' dengan lelaki macam awak. Lelaki yang main tuduh jer tanpa tahu apa apa " bidas Aulia. Muka masih merah.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now