BAB 44 (diedit)

10.2K 361 9
                                    

🚫WARNING🚫Terdapat isi sensitif yang agak tidak menyenangkan bagi beberapa reader

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🚫WARNING🚫
Terdapat isi sensitif yang agak tidak menyenangkan bagi beberapa reader. Harap maklum.

AULIA berjalan masuk sambil menundukkan kepala ke bawah. Aulia jatuh tatkala badannya tiba tiba ditolak kasar oleh lelaki yang memegangnya.

Buk!

Badan itu terjatuh ke lantai.

"Aulia!" suara jerita itu menerpa pendengaran Aulia. Aulia terus mengangkat kepala. Mata coklat madu itu meluas tatkala melihat wajah Harith.

"Harith?" gumam Aulia perlahan. Mata itu masih lagi menatap sosok Harith.

Zackary hanya tersenyum tatkala melihat interaksi itu. Dia menepuk tangan. "woah! What a reunion!" ujarnya seronok.

Mata itu memandang Aulia dan Harith silih berganti. "bring her to me!" arah Zackary. Tiff terus menarik kasar badan Aulia.

"what are you trying to do?!" ujar Harith kesat. Mata itu mencerlung tajam wajah Zackary. Zackary hanya tersenyum senget. Dia tidak membalas pertanyaan Harith.

"Zackary what are you doing! Kau kata kau takkan sentuh Aulia!" jerit Naufal.

Tiff menarik badan Aulia kasar ke arah Zackary. "ish lepas lah!" jerit Aulia. "kau boleh diam tak perempuan!" bentak Tiff pula. Badan Aulia terus ditolak hingga jatuh tepat di depan Zackary.

Harith yang melihat itu terus mahu melangkah laju ke arah Zackary. "Zackary!" suara itu naik seoktaf tatkala melihat Aulia yang sudah jatuh ditolak depan Zackary.

Langkah Harith terhenti tatkala sepucuk pistol dihalakan di depan Aulia. Zackary tersenyum sinis tatkala muncung pistol itu berada tepat di dahi Aulia. Badan Aulia terus kaku.

"you move she dies" ujar Zackary sinis.

Harith terus berhenti. Badan itu membatu tatkala mata itu mencerlung tajam wajah Zackary penuh amarah. Zackary tertawa melihat kelakuan Harith.

"You really love your wife ha?" sindir Zackary.

"Don't touch her!" Lantang suara itu berkata.

Zackary tertawa, tangan itu naik merentap kasar rahang Aulia. Kepala itu dibawa dekat mendekati wajahnya. "What a beautiful young lady" Zackary tersenyum senget. Bibir itu dijilat dan mata itu memandang Aulia penuh nafsu. Badan Aulia menggigil tatkala dapat merasakan pandangan itu pada badannya.

"You b*stard! You touch her you are dead!" rahang dikertap kuat. Harith hampir sahaja mahu membunuh lelaki itu tetapi badannya kaku apabila melihat pistol yang dihalakan dikepala Aulia.

Zackary tertawa apabila mendengar itu.

"woi.. Zackary! Lepaskan dia lah! Benda ni tak sama dengan apa yang kau janjikan! Kau kata kau tak kan usik Aulia!" jerit Naufal.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now