BAB 62

7.6K 283 17
                                    

GELOMBANG malam menhentam pantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GELOMBANG malam menhentam pantai. Pasukan Dareen dengan penuh berhati-hati menyeludup masuk kedalam pulau itu melalui air tatkala mendapat isyarat dari Harith. Mereka meluncur seperti bayang bayang di kegelapan malam.

Mata coklat gelap milik Dareen meliar memerhati keliling. Tembok-tembok pertahanan dan pengikut-pengikut Winterfall family sedang berjaga sambil memegang pelbagai jenis senjata. Dareen memberi isyarat mata kearah ahli kumpulannya.

Mereka semua mengangguk dan meletakkan tangan mereka di senjata. Bersedia untuk menyerang.

Pasukan Dareen terus berpecah dan menyelinap kebelakang musuh.

Lelaki-lelaki itu merayap di belakang batuan dan semak-samun, menyusup melalui pantai yang gelap. Sementara itu, pengikut winterfall family yang berjaga di perbatasan mula merasakan adanya kehadiran yang mencurigakan.

Mata itu tajam memerhati keliling.

"I think I heard some noises" ujar lelaki yang sedang berjaga itu kepada rakannya.

Rakannya turut menoleh. Mereka melangkah perlahan menuju kearah semak samun. Namun belum sempat mereka hendak memeriksa apa benda yang menghasilkan bunyi itu.

Crack!

Leher mereka dipusingkan 360° dengan penuh kemahiran. Dareen memandang dingin dua tubuh yang sudah jatuh longlai itu.

Tangan naik mengisyaratkan yang lain untuk berjalan.

Satu persatu musuh jatuh longlai.

* * * *

Danish duduk diatas pokok. Mata itu ralit memerhati setiap musuh dari atas pokok. Tangan naik menekan satu butang di satu mesin.

"Aku dah kacau jaringan radio diaorang over" ujar Danish dingin.

Pasukan Danish terus menyelinap di balik semak samun membunuh orang orang disitu dengan tembakan.

Bang!

Bang!

Bang!

"Han! Jam 3" ujar Danish. Han terus menoleh kearah jam tiga dan melepaskan tembakan.

"Fiq jam 6! Azril jam 12!"ujar Danish lagi. Dengan tangkas 2 orang itu melepaskan tembakan ke arah yang diberitahu Danish.

Bang!

Bang!

Danish tersenyum senget. Mata itu memerhati dari atas sambil memberi arahan kepada anak buahnya di mana kedudukan musuh.

* * * *

Sean menggaru kepala yang tidak gatal. "Bukan ke aku secretary apasal lah aku asik kena pergi misi macam ni jer!" ujar Sean geram.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now