BAB 23

15.5K 503 16
                                    

BUNYI tapak kaki berjalan dapat didengari menerpa gegendang telinga pekerja-pekerja di tingkat 8

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI tapak kaki berjalan dapat didengari menerpa gegendang telinga pekerja-pekerja di tingkat 8.

Tap..

Tap..

Tap..

Wajah tegang dan beku Harith menyapa pemandangan mereka. Harith dengan muka seriusnya kelihatan lebih dingin dari biasanya. Semua pekerja di situ menelan air liur kesat tatkala melihat majikan mereka berjalan dengan langkah besar menuju ke arah pejabatnya. Ucapan untuk menyambut tuan mereka juga tidak diujarkan kerana suasana hening yang menyelubungi tingkat 8 itu tatkala wajah beku Harith menerpa pandangan mereka, lidah mereka kelu tidak bisa melontarkan kata kata.

Bang!

Bunyi pintu yang dihempas kuat memecahkan suasana hening itu tadi. Pekerja-pekerja disitu terkejut apabila mendengar hempasan pintu yang kuat itu. Semua mata terarah ke arah pintu yang tertera di situ 'CEO'. Hati rasa nak nangis apabila melihat wajah tuan mereka itu.

"wei.. Seram aku! Apasal tuan tu bad mood semacam?!" ujar seorang pekerja lelaki.

"enath doh.. First time aku nampak dia bad mood giler macam tu... Tidur salah bantal ke?" ujar seorang pekerja lagi.

"eh dah senyap.. Kau nak kena padahnya ke? Kang dia keluar baru tahu!" tegur lagi seorang pekerja. Pekerja-pekerja itu terus mendiamkan diri dan duduk ditempatnya.

Suasana di dalam pejabat itu hari ini sangat menyesakkan. Pekerja di situ berasa amat tidak selesa dengan suasana hening itu.

* * * *

Harith menghenyakkan punggung di atas kerusinya. Wajah dingin dan tegang itu masih lagi di muka. Walaupun hati berasa bad mood dia tetap melakukan semua kerja. Sekali sekala mata mengerling sekilas ke arah telefon berjenama iPhone di sebelahnya. Seperti menunggu sesuatu.

Ting!

Bunyi notification mesej kedengaran. Harith tangkas mengambil handphone miliknya itu lalu dibuka mesej tersebut.

Dayyan : oi.. Buat apa tu?

Harith merengus kasar selepas melihat mesej Dayyan itu. Jari jemari tangkas menaip.

You : Diam bangang!

Telefon itu kembali ditutup dan diletakkan di tepi.

Ting!

Bunyi notification sekali lagi berbunyi. Harith sekali lagi merengus kasar.

"Apalagi si bangang ni nak?!" omel Harith lalu mengambil telefon itu untuk memeriksa mesej yang diberi.

Dayyan : Eh.. Kawan tak kenang budi.. Punya lah baik aku ni nak tolong kau... Tiba tiba kena panggil bangang 🙄

Harith menaip laju malas mahu melayan karenah kawannya yang satu itu.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now