AULIA mengambil satu ketul ais. Lepastu, ais itu dibalutkan dengan sehelai kain. Kain itu dilekap dikepala Harith yang sudah benjol itu. Aulia cuba sedaya upaya untuk menahan tawa.
Dahi Harith sudah berkerut tatkala melihat Aulia yang sudah jelas menahan tawa. "ha gelak gelak! Dasar kau perempuan! Pandai eh kau bawak abang kau ha!" ujar Harith geram.
Aulia tersenyum. "alah..bukan saya yang panggil abang Aryan datang...dia yang datang sendiri." ujar Aulia sambil tertawa kecil.
Harith membuat muka. "yer lah tu" ujar Harith dingin.
Aulia hanya tersenyum. Aulia kembali fokus merawat Harith. Tangan itu sibuk meletakkan ubat dan ais dikepala Harith. Mata biru cair itu memandang Aulia seketika. Aulia kelihatan tekun sahaja merawat dirinya. Harith berdecit tatkala satu perasaan yang asik dirasanya selepas dia bangun dari koma menerpa dirinya. Perasaan ini hanya akan hadir bila dia melihat wanita dihadapannya ini.
Harith menahan tangan Aulia. "Dah kau blah... Biar aku buat sendiri" ujar Harith seraya merampas kain itu dari Aulia. Aulia memandang wajah Harith dengan muka hairan.
"um.. Ok" ujar Aulia bingung seraya menjarakkan sedikit badannya dari Harith.
Aulia memandang Harith yang dari tadi bermasam muka sahaja. Mata coklat madu itu menatap lama wajah Harith.
"apasal kau pandang pandang! Ada hutang?!" ujar Harith kesat.
Aulia tertawa kecil. "ishh... Saya pandang suami saya pun tak boleh" ujar Aulia sambil mencebik.
Harith merengus kasar. "kalau kau tak nak blah biar aku jer blah!" ujar Harirh kasar seraya bangun dari duduknya. Namun badannya terkaku tatkala dapat merasakan pegangan di lengannya. Aulia menahan badan Harith.
"alahhh.. Awak duduk jer lah sini.. Saya nak teman awak" pinta Aulia.
Badan Harith terkaku. "ah dah lah kau! Semak!" ujar Harith geram seraya menarik lengannya dari tangan Aulia. Badan itu laju sahaja menuju kearah bilik. Aulia memandang aksi Harith dengan wajah kebingungan.
* * * *
Aulia tersenyum lebar tatkala melihat langit biru dan cahaya matahari yang terang. Walaupun dah terlampau selalu sangat nampak pemandangan seperti ini di Malaysia namun vibe dia masih lagi lain di Maldives. Aulia menarik nafas dalam. Rasa segar sahaja udara.
"tak sangka sampai sini balik..." gumam Aulia perlahan.
Mata coklat madu itu termenung jauh. Aulia tiba-tiba tersedar dari lamunannya tatkala suara Harith menerpa gegendang telinga.
"woi... Kau buat apa tercegat kat situ.. Cepat lah!" ujar Harith kasar. Aulia terus menoleh kearah Harith. Senyuman tipis ditayangkan.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...