Datin Hafsya menayangkan senyuman penuh makna ke arah anaknya dan menantunya yang sedang makan itu.
"Korang buat apa ah tadi terpekik terlolong sampai bawah mama dengar." Tanya Puan Hafsya masih tidak lekang senyumannya.
"Uhuk...uhuk!" Tersedak Aulia mendengar apa yang dikata Puan Hafsya.Tangan terus mencapai segelas air di sebelahnya.
Harith memusingkan kepalanya ke arah Aulia seketika seraya memandang ke arah datin Hafsya dengan senyuman polos.
"Tak ada pape lah mama...cuma menantu mama ni jer yang kuat menjerit nak pecah telinga Rith tadi"Ujar Harith dengan nada lembut.Bukan main berbeza nadanya bersama ibu tercinta.Aulia memberikan jelingan tajam ke arah Harith.Kaki Harith disebelahnya di pijak dengan kuat.'sedap mulut dia jer mengata orang, nah ambik kau!' bidas Aulia di dalam hati.
"Ack!" Jerit Harith
"Kenapa Harith?" Tanya Datin Hafsya risau.
"Tak ada pape lah ma ada kucing kot gigit Harith." Jawab Harith dengan senyuman terpaksa sambil menahan sakit.Harith memijak pula kaki Aulia.Aulia mengetap bibirnya melihat kelakuan Harith.
"Kucing? Kita mana ada bela kucing mana datang kucing nya?" Tanya Datin Hafsya hairan.Dia melihat ke arah Harith yang sedang memandang Aulia dengan seyuman.'Paham' getus datin Hafsya di dalam hati dan hanya tersenyum.
"Btw mama Lia jerit sebab Harith ni ha yang asyik buli Lia jer!" Ngadu Aulia pula.
"Hahaha" Datin Hafsya tertawa melihat gelagat anak dan menantunya.
"Dah dah habiskan cepat makanan tu" ujar Datin Hafsya.
Selesai sahaja makan malam bersama.Harith dan Aulia pergi ke arah bilik mereka.Aulia melepaskan keluhan berat.
"Ha..." Dia memandang Harith yang sedang berjalan di depannya.Entah kenapa hari ini dia berasa amat letih.Rasanya macam nak baring tidur jer terus.
Masuk sahaja dalam bilik Aulia cepat cepat merebahkan badan di atas katil.Harith yang memerhati gelagat Aulia itu hanya terdiam seketika.
"Eh...sape bagi awak tidur atas, pergi tidur bawah sana!" Ujar Harith.
"Suka hati saya lah saya dah penat dah ni!" Ujar Aulia pula sambil memejamkan mata.
Harith mengendahkan Aulia.'Suka hati kau lah minah' getus Harith di dalam hati lalu berjalan menuju ke arah katil.Aulia mengerutkan dahi tapi tidak berkata apa-apa dia sudah amat penat dan dah tak ada tenaga untuk beradu mulut dengan Harith.
"Awak jangan nak ambil kesempatan eh saya penat ni so don't cross this line..."ujar Aulia lalu meletakkan bantal peluk diantara mereka berdua.
Harith hanya merenung muka Aulia.Dia memandang Aulia atas bawah.
"Aku takut kau pulak yang terkam aku...kau ni bukannya boleh percaya"Ujar Harith sambil menyilangkan tangannya di dada.
"Ish perasan...dah lah awak ni saya penat lah.. Assalamualaikum!" Ujar Aulia dengan nada geram lalu terus menutup matanya.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...