BAB 16

14.4K 449 9
                                    

KELOPAK mata yang terpejam rapat itu perlahan lahan terbuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELOPAK mata yang terpejam rapat itu perlahan lahan terbuka. Badannya mengeliat masih lagi mamai dan diselubungi rasa ngantuk. Cahaya terang yang menerangi ruang tamu itu menerpa tepat ke wajah tampan Megat Harith. Mata itu digosok perlahan. Harith memusingkan badanya tatkala tangan kasarnya seperti menyentuh sesuatu. Mata dibuka mencerlung ke arah benda yang disentuhnya. Badannya yang sudah kemas terselimut menerpa matanya.

"hm?"

Harith melihat badannya yang sudah berselimut itu hairan. 'Bila masa pulak aku pakai selimut?' gumam Harith di dalam hati. Harith menolak badannya untuk bangun dari tempat pembaringannya. Selimut itu ditarik lantas kaki panjangnya yang terjuntai diturunkan daripada sofa tersebut. Mata melilau melihat kelilingnya. Bantal yang berada di bawah kepalanya dikerling sekilas. Satu senyuman terukir di bibir sang jejaka tatkala memikirkan nama si gadis yang menyelimutkannya. Prihatin juga isterinya terhadap dia. Fikir Harith dikepala seraya hatinya berbunga bunga.

Harith berdiri meninggalkan sofa itu. Badannya agak lenguh sedikit akibat tidur di atas sofa. Tetapi lebih selesa daripada asalnya kerana Aulia yang sudah menyelimutkannya dan meletakkan bantal dikepalanya. Mujur dari perbuatan Aulia tengkuk Harith tidak berasa sakit. Harith mengorak langkah menuju ke arah bilik tidur. Sampai sahaja di bilik tidur. Sosok tubuh si gadis yang sedang pulas tidur itu menyapa retina matanya. Gembira hatinya bagai di awang awangan. Badan bergerak menuju ke arah si isteri yang sedang nyenyak tidur. Wajah jelita itu ditatap lama seraya tangannya menyelitkan rambut Aulia yang sudah terjuntai terkena mukanya ke belakang telinga.

Harith tersenyum tipis. Selepas beberapa minit menatap wajah Aulia. Harith berlalu pergi menuju ke arah bilik mandi.

* * * *

Aulia yang sudah bangun dan juga sudah bersiap siap itu memandang ke arah Harith yang berada di berandar luar. Si jejaka sedang ralit membaca buku sambil menikmati angin laut. Apabila sosok tubuh itu dipandang kejadian semalan terus bermain di kotak fikiran Aulia. Merah terus mukanya mengingati kejadian malam semalam. Aulia terus mengipas-ngipas muka yang sudah membahang. Kejadian semalam ditolak ketepi cuba dilupakan. Walau apa apapun hari ini Aulia harus mengajak Harith untuk bersiar siar memandangkan hari ini adalah last day mereka.

Dengan keazaman yang tinggi Aulia menapak langkah menuju ke arah suaminya. Wajah tampan itu dilihat dari sudut tepi.

"ish..asal side profile dia pun smart doh!" gumam Aulia perlahan sambil mata ralit memandang wajah Harith.

Harith yang sedang mambaca buku itu tidak mendengar omelan perlahan Aulia. Aulia mencebik melihat Harith yang seperti tidak mengendahkan keberadaannya itu.

Jari runcing Aulia menolak lembut bahu kekar lelaki itu.

"awak... Jom keluar!" perkataan 'awak' sengaja dileretkan sambil memandang Harith dengan muka comel. Aulia kini sudah tahu! Setiap kali dia membuat muka comel atau mengkedip-kedipkan matanya Harith mesti akan setuju dengan apa sahaja yang dimintanya asalkan tidak over his limit.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now