BAB 38

12.6K 384 9
                                    

MATA bundar itu ralit menatap screen komputer di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA bundar itu ralit menatap screen komputer di hadapannya. Kadang kala tangan itu mengambil cawan ditepi untuk menyuakan air milo panas ke dalam mulut. Mata coklat madu itu sedang asyik membaca semua email kerja yang dihantar kepadanya. Satu email ditekan.

Click!

"hm... Interior design collaboration?" Aulia membaca email itu dengan lebih terperinci. Mata itu ralit membaca email itu.

"macam best..." gumam Aulia perlahan. Sedang asyik Aulia membaca email itu tiba-tiba satu tangan kekar merangkul pinggangnya dari belakang. Deruan nafas hangat menerpa leher jinjang Aulia.

"ack!" terhinjut bahu Aulia tatkala tiba-tiba dipeluk dari belakang. Aulia menoleh kebelakangnya tatkala kepala Harith yang sudah disembamkan di leher jinjang itu menerpa penglihatan Aulia. Tangan naik mengusap lembut kepala itu.

"kenapa Harith?" tanya Aulia perlahan tapi mata masih lagi pada screen laptop. Harith mengangkat kepala lalu dagu itu direhatkan di bahu Aulia. Mata biru cair itu menilik wajah Aulia yang sedang mengenakan cermin mata itu. 'pakai cermin mata pun cantik' getus Harith di dalam hati.

"Sayang tengah buat apa?" tanya Harith lembut.

"hm.. Sayang tengah baca email kerja ni" jawab Aulia.

"Sayang bila nak tidur... Dah lewat ni.. Sayang tak ngantuk ke?" Harith mencebik. Kepala itu digeselkan di leher jinjang Aulia. Aulia tertawa kecil.

"kejap jer.. Lepasni sayang tidur.. Proposal ni macam best.. Ada company baru yang nak cari banyak interior designer untuk reka hias dalaman ruangan dalam bangunan tu.. So dia nak buat interior designer collaboration...sayang macam berminat nak join since dah lama sayang tak collab dengan interior designer yang lain. " terang Aulia sambil mengusap lembut kepala Harith.

"kalau sayang suka terima jer lah" ujar Harith.

"sayang pun rasa nak terima cuma tu lah.. Sepanjang project ni sayang kena duduk dekat office yang dia provide and sayang pun akan jadi lebih busy.. Abang ok ke?" tanya Aulia.

"abang ok jer...kalau sayang nak, abang on.. Lagipun sayang mesti bosan duduk rumah jer" ujar Harith.

"kalau cam tu sayang terima eh?" mata itu dikedip-kedipkan ke arah Harith.

Harith tertawa kecil. Pipi gebu itu dikucup sekilas. "accept lah" ujar Harith. Aulia tersenyum lebar tatkala tangan menaip sesuatu di keyboard lalu menekan butang send. Selesai sahaja Harith melihat itu, tangan itu laju menutup laptop itu.

"hei!" baru sahaja Aulia nak marah, Harith telah bangun lalu badan genit Aulia diangkat dengan mudah.

"Dah jom tidur!" ujar Harith lalu mengangkat badan Aulia masuk kebilik. Aulia hanya tersenyum suka.

"abang ni asik dukung Lia jer.. Bila Lia nak guna kaki Lia kalau cam ni" ujar Aulia sambil tersenyum mengusik.

"selagi abang ada dengan sayang bila bila masa jer abang boleh dukung sayang!" ujar Harith manja lalu melabuhkan punggung Aulia di atas katil. Wajah Aulia kian berona merah. Harith hanya tersenyum nakal tatkala melihat itu.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now