BAB 28

13.8K 472 24
                                    

AULIA dan Harith keluar daripada rumah hantu itu sambil berpegangan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA dan Harith keluar daripada rumah hantu itu sambil berpegangan tangan. Wajah Harith jelas gembira. Senyuman tidak lekang dibibirnya. Aulia pula jelas malu malu sambil menyembunyikan muka di balik jambangan bunga. Mana taknya! Ramai orang yang sedang melihat ke arah mereka sekarang ini. Mana orang tak pandang bila tengok pasangan keluar dari rumah hantu bawak jambangan bunga lepastu si lelaki pula kelihatan girang semacam sambil menghayun-hayunkan tangannya yang memegang tangan si perempuan.

'ishhh... Harith kau ni tak tahu malu ke ha? Kau dah lari gila daripada persona kau ni!' gumam Aulia di dalam hati tatkala melihat Harith yang terseyum puas itu. 'arghhh.. Dah lah asalkan dia gembira' menolog Aulia di dalam hati.

"Aulia kau nak makan apa apa ke?" tanya Harith sambil tersenyum ke arah Aulia. Aulia menjengilkan matanya ke arah Harith.

"you really don't know how to read the atmosphere!" ujar Aulia geram.

" ??? " Harith memandang bingung wajah si isteri. Dia ada buat salah ke? Aulia yang melihat wajah bingung Harith hanya mengeluh pasrah.

"Dah lah.. Awak belikan lah saya air masak.. Penatlah saya menjerit dari tadi. Saya haus" ujar Aulia lalu melabuhkan punggung di sebuah bench.

"Alright... Kau tunggu sini jap" ujar Harith lalu berlari anak menuju ke arah sebuah gerai berdekatan. Aulia hanya memerhati dari jauh.  Keluhan berat dilepaskan. Aulia menilik bunga ros yang diberi Harith.

'1...2..3...4..5..hmm..15?" Aulia mengira jumlah kuntuman bunga yang diberi Harith ada 15. Dia pernah dengar yang setiap bilangan bunga ros yang diberi ada maksudnya tersendiri. Aulia mengeluarkan telefonnya lalu membuka google.

"apa maksud 15 bunga ros.." taip Aulia. Aulia membaca maksud yang tertera selepas dia menekan butang search. Tersenyum Aulia tatkala melihat maksud yang tertera.

Saya minta maaf, tolong maafkan saya

Aulia tersenyum suka. 'Alahai sweet nya suami aku ni!' gumam Aulia di dalam hati. Aulia menarik pandangan kembali melihat ke arah Harith. Dahinya berkerut tatkala melihat seorang gadis tidak bertudung yang ditolak-tolak rakannya ke arah Harith. Gadis itu memanggil Harith. Harith menoleh ke arah gadis itu. Gadis itu kelihatan malu-malu tangannya naik menyelitkan rambut ke belakang telinga manakala Harith hanya memandang gadis itu tidak berekspresi. Kawan kawan gadis itu yang sudah mula geram dengan kelakuan gadis yang terpaling malu itu terus menolak badan gadis itu ke arah Harith. Membahang hati Aulia tatkala melihat aksi gadis gadis itu. Gatal! Dengan suami orang pun gatal! Harith dengan mudah mengelak membuatkan gadis itu terjelepok jatuh di tanah. Harith tidak bercakap apa apa riak wajah kosong dan beku ditayangkan ke gadis itu.

Aulia tertawa kecil tatkala melihat kejadian itu. "rasanya memang betul kot aku sorang jer perempuan yang dia layan macam ni" Hati Aulia bagaikan berbunga-bunga tatkala memikirkan itu. Aduh... Makin jatuh cinta Aulia dibuatnya!

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now