BAB 40

11.1K 328 17
                                    

SEMINGGU telah pun berlalu dengan pantas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMINGGU telah pun berlalu dengan pantas. Aulia sudah pun terbiasa dengan kerjanya di dalam office. Dia juga telah menjadi lebih sibuk tatkala kerjanya sudah mula bertimbun untuk projek baru ini. Kehidupan Harith dan Aulia masih lagi sama. Setiap hari Harith akan hantar dan ambil Aulia. Kadang kala mereka juga akan pergi lunch bersama kalau dua dua tidak sibuk. Kalau tidak Aulia akan lunch bersama pekerja lain. Nasib baik lah Aulia dapat get along really well dengan mereka tapi kadang kala mereka suka mengusik Aulia tentang hari pertamanya yang membuatkan Aulia rasa malu.

Aulia duduk di mejanya dan masih lagi sibuk mereka 3D design untuk design yang telah dibuatnya. Sedang sibuk dia menyiapkan kerjanya, tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telinga Aulia.

"Aulia!" jerit rakan kerjanya Hani.

"yer Hani.. Kenapa?" tanya Aulia lalu menoleh ke arah Hani.

"Aulia.. Ada orang cari awak kat bawah" ujar Hani sambil tersenyum-senyum.

Dahi Aulia berkerut. 'siapa pulak nak jumpa aku ni?' getus Aulia di dalam hati. "siapa?" tanya Aulia kepada Hani.

Hani masih lagi dengan senyumannya "entah lah.. Pergi lah turun tengok" ujar Hani sambil siku disengggolkan ke arah Aulia.

Aulia pun hanya boleh pasrah walaupun sebenarnya malas mahu turun. Ikutkan hati dia tidak mahu turun dan hanya mahu terus melakukan kerjanya. "okay lah.. Saya turun dulu tau" ujar Aulia lalu berlalu pergi ke arah lift.

Kaki mengorak langkah ke dalam lift. Butang G ditekan lalu lift itu bergerak ke bawah.

Ting!

Terbuka sahaja pintu lift Aulia melihat seorang lelaki sedang berdiri di bahagian receptionists sambil memegang jambangan bunga ros. Tatkala melihat Aulia lelaki tersebut terus berjalan ke arah Aulia.

"ni puan Aulia kan?" tanya lelaki itu sopan.

"yer saya" jawab Aulia hairan.

"Ni saya ada pesanan untuk puan Aulia dari encik Megat Harith" ujar lelaki itu dengan senyuman seraya memberi jambangan bunga ros itu kepada Aulia. Aulia mengambil bunga itu masih lagi terpinga-pinga.

"Harith?" tanya Aulia.

"yer.. Encik Harith" ujar lelaki itu.

Aulia terus mengulum satu senyuman. Hatinya berbunga-bunga tatkala mendengar pernyataan itu. 'ishhh... Harith ni!' angau dah Aulia tatkala memikirkan Harith.

"since saya dah hantar pesanan ni, saya pergi dulu yer" ujar lelaki itu.

"oh yer... Terima kasih" ujar Aulia mesra.

Aulia kembali menilik bunga-bunga ros itu. Dia masih lagi tersengih-sengih tatkala memikirkan betapa sweetnya Harith.

"alahai.. Sweet nya laki aku" gumam Aulia sendirian. Tiba-tiba matanya terjatuh pada sebuah kad yang terselit cantik di tepi bunga itu. Kad itu dicapai lalu dibuka. Aulia membaca apa yang tertera di dalan kad itu.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now