KEADAAN di sekolah itu menjadi semakin riuh. Beberapa murid perempuan sudah pun diugut dengan cara-cara yang menyeramkan untuk menjauhi Harith. Cikgu-cikgu juga sudah makin pening dengan kejadian ini. Pihak sekolah sedang cuba sedaya upaya untuk menutup kes ini kerana tidak mahu melibatkan pihak polis.
Pintu ke bilik pengetua dikuak kasar. Seraya satu tubuh seorang lelaki yang memakai kemeja biru pekat dan cermin mata kelihatan.
"Encik Rahman! Encik tahu kan siapa yang buat semua benda ni! Kenapa encik masih lagi nak bendung hal ni?!" ujar cikgu Borhan lantang
Encik Rahman memandang dingin kearah cikgu Borhan yang kelihatan gelisah itu.
"Borhan... Kamu tahu kan kita ni sekolah yang terkemuka... Ramai orang ternama hantar anak diaorang dekat sini... Kalau berita pasal seorang murid bermasalah sehingga melibatkan polis keluar awak rasa kita masih lagi dapat beroperasi macam biasa?" ujar Encik Rahman dingin.
Cikgu Borhan mengetap gigi."Tapi encik! Diaorang hantar anak diaorang kat sini supaya anak diaorang dapat belajar dalam keadaan optimum dan selamat! Kalau kes macam ni berterusan lagi susah kita nanti! Encik ingat Tuan Megat tu akan biar macam tu jer ker! Anak dia terlibat sama!" ujar Cikgu Borhan.
Encik Rahman menghela nafas berat."saya tahu yang hal ni melibatkan Megat Harith... Tapi Tuan Megat tak boleh nak buat apa-apa dekat kita sebab dia sorang... Tapi nanti bila kita dah libatkan polis hal ni akan tersebar dan pelbagai organisasi akan cuba untuk jatuhkan kita...dedahkan kes ini lebih kepada membawa banyak keburukan untuk ktia... Lagipun pelaku tu belom buat benda yang mengancam... Benda benda macam ni masih lagi boleh dianggap gurauan antara murid." terang Encik Rahman.
Cikgu Borhan mencemuh." Encik cakap ugut orang sampai orang tu takut gurau? Encik nak tunggu sampai benda ni jadi lagi drastik baru encik nak ambil tindakan?! And from the first place...kenapa encik terima dia masuk sini! Jelas budak tu bermasalah and masalah dia bukan kecil! Dia stalk murid lain! Sampai main ugut ugut dan juga pembulian mental! "
Encik Rahman mendengus kasar." Borhan.. Saya tahu apa yang saya buat! Awak jangan nak masuk campur! Awak nak saya pindahkan awak ke sekolah lain ke?! "ugut encik Rahman.
Cikgu Borhan mendengus kasar." encik! Apa yang saya cakap ni betul! Lagi lambat encik ambil tindakan lagi besar masalah ni nanti! " ujarnya kuat.
" Keluar! "arah Encik Rahman.
" keluar sekarang! "
Cikgu Borhan hanya mampu akur. Mata itu mencerlung tidak puas hati ke arah Encik Rahman." encik akan menyesal kelak kalau encik masih lagi dengan pendirian encik tu " ujar Cikgu Borhan seraya badan itu memboloskan diri keluar dari bilik pengetua.
Tatkala melihat cikgu Borhan sudah pergi, Encik Rahman meraup mukanya kasar. Gigi dikertap kuat. "Kalau bapak dia tak ugut aku tak jadi lah macam ni!"
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...