BAB 7

15.8K 575 3
                                    

Sebuah kereta lexus Ls hitam meluncur laju di jalan raya sehingga lah kereta itu sampai di sebuah perkarangan condominium mewah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebuah kereta lexus Ls hitam meluncur laju di jalan raya sehingga lah kereta itu sampai di sebuah perkarangan condominium mewah.Aulia hanya berjalan membontoti Harith masuk ke dalam condominium itu. Butang lif ditekan.

Ting!

Pintu lif dibuka lalu mereka berdua masuk ke dalam lif. Harith menekan butang nombor lapan. Aulia hanya memerhati kelilingnya menikmati suasana di dalam condominium itu.

"so kat sini rupanya rumah kau..." ujar Aulia acuh tak acuh.

Harith hanya berjalan menuju rumahnya tidak berekspresi. Sampai sahaja ke dalam rumah Harith masuk ke dalam biliknya. Aulia berhenti di depan pintu dengan badannya disandarkan ke tepi pintu.

"mana satu bilik aku?" tanya Aulia.

Harith mengendahkan Aulia dan terus meletakkan barang barangnya. Jam tangan di tangan dibuka membuatkan Aulia agak terpesona dengan pemandangan yang di hadapanya.

"ehem.." Aulia berdehem untuk menghilangkan rasa janggal itu. Harith akhirnya memandangnya dengan muka tiada riak. "sebelah ni ada bilik kosong.. Tu bilik kau" ujar Harith tidak bernada. "alright" jawab Aulia pula lalu mengatur langkah ke bilik yang dikatakan.

Baru sahaja membuka bilik itu Aulia terkesima.Walaupun biliknya simple tapi sangat kena dengan cita rasa seseorang Aulia. Warna bilik yang cerah dengan tingkap besar yang membawa cahaya matahari masuk menerangi bilik membuat Aulia berasa tenang. Tambahan lagi dengan meja solek yang dihias secara minimalist dan ringkas. Dia amat suka bilik itu. Pandai betul interior designer rumah ni. Setiap ruang dan bilik dihiasi dengan pelbagai warna dan tema tetapi tidak lari dari keringkasan.

Aulia melabuhkan punggung di atas katil. Beg bagasinya hanya dibiarkan di tepi pintu. Sedang ralit memerhati biliknya Aulia baru teringat sesuatu.Dia terus bangun dari pembaringannya lalu menuju ke arah bilik Harith.

"Harith.." panggilnya apabila melihat lelaki itu sedang sibuk membaca sesuatu di ipadnya.

"what?" Harith mengangkat kepala lalu memandang sosok tubuh isterinya yang berdiri di muka pintu.

"Aku nak keluar tau.. Aku nak amik barang barang aku dekat rumah aku.. Ada benda yang tertinggal.. Kejap jer.. Rumah aku tak jauh pun dari sini" ujar Aulia.

"ikut suka hati kau lah.. Pergi jer lah.. Aku tengah ada kerja ni" jawab Harith tidak bernada lalu kembalikan perhatiannya ke arah ipad di tangan.

"Thank you.. Apa apa hal aku call" ujar Aulia gembira. Senyuman manis terukir di bibir.Tangan Harith terkaku seketika seraya melihat tubuh Aulia berlalu pergi dengan girang. Dia kembali mengalihkan pandangan ke arah ipadnya selepas tubuh Aulia tidak kelihatan.

* * * *

Aulia memandu kereta BMW putihnya menuju ke arah rumahnya. Banyak barang yang perlu diambil. Dia membuka lagu ingin memenuhi ruang keretanya yang sunyi. Sedang asyik melayan lagu terdetik di hati Aulia tentang statusnya sekarang. Dia tidak tahu dia gembira atau sedih. Maybe lebih tepat dikatakan sekarang hatinya sudah tawar dan tidak berharap apa apa. Lebih ringkas neutral. Nak cakap yang Harith layan dia teruk tak jugak... Nak cakap baik pun tidak juga. Harith lebih seperti menjalankan tugas yang wajib sahaja mengikut common sense dia sendiri. Mereka berdua lebih selesa melakukan hal sendiri daripada bersama. Seperti mereka ni roommate yang sekadar kenal kenal macam tu jer.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now