KELOPAK mata dibuka perlahan tatkala dapat merasakan dirinya diperhati. Aulia masih lagi mamai. Rasa ngantuk dan penat menyelubungi dirinya. Badan itu dipusingkan ke kiri mencari kedudukan yang selesa. Baru sahaja Aulia ingin kembali tidur. Tiba-tiba satu suara menerpa gegendang telinganya.
"sayang dah bangun?" suara serak basah milik Harith menerpa pendengarannya. Mata coklat madu itu terus meluas. Wajah Harith yang sedang tersenyum senget ke arahnya menyapa pandangan. Dada bidang Harith juga turut menerpa pandangannya. Nafas bagaikan terhenti tatkala dapat merasakan mata biru cair itu menatap mukanya lembut. Muka Aulia terus berona merah padam. Tak kalah macam warna tomato. Selimut yang dipakai terus ditarik menyelubungi mukanya. Perasaan malu terus menerpa diri Aulia tatkala mengingati apa yang jadi semalam.
'arghhhhh.... Ehhhh.. Seriously! seriously!... Arghhh.. Malunyaaaaaaaa!!!' di dalan otak sudah tidak keruan. Rasa malu giler nak pandang wajah Harith sekarang.
Harith tertawa kecil tatkala melihat reaksi Aulia. Senyuman lebar terukir di wajah tampan si jejaka. "alahh.. Sayang malu ke? Ishhh.. Cute lah sayang ni! Jangan lah tutup muka.. Abang tak puas lagi tengok.." ujar Harith mengada seraya tangan kekar itu merangkul pinggang Aulia dengan mudah ke arahnya tatkala badan itu berganjak jauh darinya.
Harith menarik selimut yang menutupi wajah Aulia. Aulia cuba sedaya upaya menahan selimut itu agar tidak dibuka." ishhh.. Abang lepas lah! Sayang malu lah!" ujar Aulia geram tangan itu masih lagi menahan selimut.
"alahh.. Aulia bukak lah! Apa cer main tutup tutup muka... Ayang nak malu buat apa.. Abang dah tengok semua lah!" ujar Harith mengada sambil menarik selimut itu.
"arghhhh! Abang! Jangan lah cakap!!!" jerit Aulia malu manakala Harith tertawa suka. Harith mengambil kesempatan tatkala Aulia sedang malu untuk menarik selimut itu. Wajah Aulia yang sudah merah itu menerpa pandangan Harith.
"alahai.. Cantiknya sayang abang ni! Dah tak yah nak tutup tutup muka."ujar Harith seraya bibir itu melabuhkan kucupan bertalu-talu di seluruh muka Aulia.
"aahhhh... Abang stop lah! Geli lah abang!!!" jerit Aulia.
Harith berhenti. Senyuman lebar ditayangkan ke arah Aulia. "hihi... Sayang Aulia!" ujar Harith gembira seraya badan kecil itu ditarik ke dalam pelukan. Muka itu dibenamkan ke dadanya manakala kepala Harith digeselkan diatas kepala Aulia. Manja betul Harith ni!
Aulia hanya tersenyum malu. Tangan itu turut naik memeluk badan Harith. Muka digeselkan di dada bidang itu. Mereka berpelukan bersama penuh manja.
Setelah sekian lama, Aulia mengangkat kepalanya lalu menatap mata Harith. "Abang... Hari ni Lia sambung masak eh? Lia masakkan abang ayam paprik!" ujar Aulia teruja.
"sayang nak masak ke?... Tak yah masak lah.. Kita baring jer nak hari ni... Lagipun abang kan cuti harini.. Kita duk jer eh sini.. Cuddle cuddle berdua" ujar Harith sambil tersenyum manja.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...