LIMA orang lelaki berpakaian serba hitam berjalan mengiringi seorang gadis bertudung yang sudah diikat. Kalau orang lain melihat mereka, pasti mereka akan fikir yang gadis itu sedang diculik. Walaupun diikat dan mulut itu ditutup dengan solitip, mata gadis itu masih lagi bersinar tajam memerhati keliling.
Di dalam sebuah kereta Range Rover hitam kelihatan dua orang lelaki. Seorang bermata biru cair dan seorang lagi bermata hitam. Mereka berdua hanya memerhati. Situasi itu dalam diam.
"siapa perempuan yang kau guna untuk substitute tu?" tanya Harith dingin seraya memecahkan suasana hening tadi.
Malik tersenyum senget. "salah seorang anak buah aku... Don't worry, walaupun dia perempuan dia adalah salah seorang anak buah aku yang berkemahiran." Ujar Malik.
Harith hanya mendiamkan diri selepas itu. Mata itu memandang wajah gadis itu. Walaupun muka gadis itu sudah didandan dan di samarkan supaya mirip muka Aulia tapi pada pandangan Harith muka itu tidak secantik Aulia.
"can they really be deceived by us?" tanya Harith dengan dahi yang berkerut. Malik terus menoleh ke arah Harith hairan.
"asal pulak tak boleh?" tanya Malik.
"muka perempuan tu tak sama langsung dengan isteri aku" ujar Harith.
"tak sama?" ujar Malik hairan.
"bak jap phone kau" ujar Malik.
Harith menoleh kearah Malik. "Kau nak buat apa?!" tanya Harith dengan berjaga-jaga.
"alahh.. Kejap jer lah.. Aku tak nak pun lah check phone kau" ujar Malik malas. Harith dengan teragak agak memberi telefonnya kearah Malik. Malik menekan punat On ditepi seraya lock screen Harith kelihatan. Terpangpang muka Aulia disitu. Mata Malik berulang alik menoleh ke arah gambar Aulia dan juga muka gadis yang sedang diikat itu.
"punya lah sama makeup artist aku buat kau kata berbeza?! Aku hire professional kau tau tak... Kau tengok tu.. Sama dah mukanya.. Apa yang tak samanya!" ujar Malik geram.
Harith berkerut dahi. "Tapi isteri aku lagi lawa" ujar Harith selamba.
Malik memandang Harith tercengang. 'is this dude for real?!' getus Malik di dalam hati. Setelah beberapa saat mendiamkan diri Malik berbicara kembali.
"habistu kau nak hantar isteri betul kau ke? Kalau nak jom.. Kita ambik isteri kau" ujar Malik acuh tak acuh.
Harith menjeling tajam wajah Malik. "apasal pulak kau nak libatkan isteri aku " ujar Harith dingin.
"dah kau yang cakap muka perempuan tu tak sama dengan isteri kau! Kalau kita bawak yang real deal baru lah diaorang percaya kan." sindir Malik.
Harith merengus kasar. "ah dah lah.. Senyap.. Dah nak serahkan dah pun" ujar Harith geram.
Malik kembali mendiamkan diri. Mata itu memandang kearah gadis yang diikat tadi.
Boleh dilihat dari kaca kereta yang gadis itu sedang diserahkan kepada beberapa orang lelaki yang jelas dari muka itu adalah orang-orang luar negara.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...