BAB 36

11.1K 390 1
                                    

'GELAP'Itu sahaja yang dapat dilihat di kelilingnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'GELAP'Itu sahaja yang dapat dilihat di kelilingnya. Mata coklat madu bundar itu ralit melihat persekitarannya namun hampa... Retina matanya tidak dapat menangkap apa apa pun melainkan persekitarannya yang gelap itu. Badannya cuba digerak-gerakkan namun rasa sakit yang teramat menghentikan pergerakannya. Perasaan cemas dan takut mula menyelubungi diri. Badannya hanya terbaring longlai di situ tidak bergerak.

"ayah?" suara gadis kecil berbunyi di dalam ruangan gelap itu.

"ibu?"

"abang long?"

"abang ngah?"

"abang Aryan?!" seruannya tidak disahut sesiapa. Hanya gema suaranya kedengaran. Aulia berasa putus asa dan takut saat ini.

'tolong Lia... Lia takut!' bisiknya di dalam hati.

Esakan kecil dapat didengari memenuhi ruangan gelap itu....

Sudah berhari-hari dia terkurung di sini. Selepas kematian Misha, Aulia makin takut. Pada awalnya tak ada lah seram sangat di sini sebab ada peneman but now Aulia telah ditinggalkan keseorangan. Badannya juga sakit sana sini. Lelaki mental bernama Wan itu tidak berhenti mengganggu kehidupan dia. Satu sahaja benda yang buatkan Aulia bertahan sehingga sekarang ialah the thought of her family. Dia yakin keluarganya akan datang menyelamatkannya. Sedang Aulia mengelamun dalam pikirannya sendiri. Pintu kayu itu dikuak kasar. Hati kecil Aulia sudah mula berdegup kencang. Peluh sejuk mula membasahi dahi. Mata coklat madu itu memandang gerangan yang masuk dengan wajah yang takut. Badan Aulia terketar-ketar tatkala melihat kelibat itu.

'Wan!'

Wan tersenyum lebar tatkala melihat wajah ketakutan itu. Kakinya naik menyepak-nyepak badan kecil itu. Aulia hanya mengetap rahangnya. Mata dipejam rapat tidak ingin dibuka. Senyuman lebar lelaki itu mati seraya dia mencangkung di hadapan Aulia. Tangan kasar itu naik menyelitkan rambut Aulia yang terjurai-jurai ke belakang telinga.

Tangan naik menongkat dagu.

"hm.." suara durjana lelaki itu menerpa pendengaran Aulia. Aulia menggigil ketakutan.

"aku suka tengok muka kau takut tapi..." ayat itu sengaja digantungkan. Mata hitam itu meniliti wajah Aulia.

"macam ada yang kurang." ujarnya sambil tangan naik menggaru kepala. Muka itu seperti sedang memikirkan sesuatu. Setelah beberapa saat...

"Ha! Aku tahu!" tiba-tiba muka itu berubah ceria dalam sesaat. Wajahnya menayangkan senyuman lebar.

Pupil Aulia memandang lelaki itu dengan terketar-ketar. Senyuman lelaki itu mati tatkala mata hitam itu berubah kosong. Wajah itu terus berubah kosong tanpa riak. Tangan kasar lelaki itu naik menggenggam leher Aulia.

"argh!" jerit Aulia kesakitan tatkala tangan itu mengetatkan genggaman.

"weh! Betul lah... Aku lagi suka tengok mata kau tak bernyawa.. Lagi cantik!" ujar Wan dengan nada teruja. Nafas seperti disekat. Aulia cuba meronta-ronta. Tangan kecil itu naik ingin menolak badan Wan namun kudratnya sangat kecil nak dibandingkan dengan kudrat seorang lelaki dewasa. Air mata sudah jatuh berjurai - jurai. Mata hitam itu menikam tajam mata coklat madu Aulia. Senyumam lebar ditayangkan. Muka itu seperti muka orang yang tengah high!

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now