KERETA Lamborghini Ruvuelto hitam itu berhenti tepat di depan sebuah bangunan yang boleh dikatakan agak besar. Orang-orang yang lalu-lalang di situ semua menoleh tatkala kereta mewah itu muncul. Ada yang sudah mengeluarkan telefon pintar mereka untuk merakam dan mengambil gambar.
"weh.. Siot! Lambo doh!"
"mantap ah lamborghini"
"orang kaya mana ni nak show off show off?"
"cantik smart doh!"
Bisikan-bisikan orang diluar menerpa pendengaran Aulia. Tangan sudah naik menekup muka menahan malu.
"ishhh... Abang! Asal hantar Lia pakai kereta ni! Abang kan ada banyak kereta!" ujar Aulia geram sambil menepuk-nepuk bahu Harith.
"Hahahahaha" tertawa besar Harith tatkala melihat Aulia yang sudah malu itu.
"mesti lah kena bawak kereta ni... Biar tunjuk kat officemate sayang yang sayang ni kaya so tak de orang boleh buli sayang!" ujar Harith lalu mencubit geram pipi gebu itu.
Aulia mencebik. "Abang ingat ni drama tv3 ke? Ish! Lagi malu adalah! Lia nak keep low profile jer tapi abang dah hancurkan plan Lia awal-awal!" marah Aulia lalu mendengus kasar.
"alololo.. Sayang abang ni.. Sorry lah, alah.. Dah lah tak payah nak muncung muncung kan bibir tu.. Abang kiss kang nanti!" seloroh Harith mengusik.
"ish abang! Orang serius dia main main!" ujar Aulia geram.
"Dah lah! Lia pergi dulu!" Aulia menarik kasar tangan Harith lalu disalam sekilas. Tangan lagi satu cepat sahaja mahu keluar kereta namun tangan yang menyalami Harith tadi ditahan tidak boleh lepas.
"ape abang ni.. Lepas lah! Lia dah lambat!" Aulia memandang Harith tidak puas hati.
Harith menayangkan senyuman nakal. Pipi sengaja ditayang ke arah Aulia.
"Sini? Tak nak kiss?" ujarnya.
"tak nak!" ujar Aulia laju.
"abang tak nak lepas kalau sayang tak kiss" ugut Harith.
"..." -Aulia
Aulia merengus kasar lalu tangan itu naik menekup pipi Harith. Ciuman dalam dilabuhkan di pipi itu.
"Dah puas?" ujar Aulia sarkastik. Harith tertawa kecil. Bibir dimuncungkan pula ke arah Aulia.
"sini?" mukanya masih tersenyum nakal.
"arghh! Dah lah! Malas Lia nak layan abang!" ujar Aulia geram seraya terus keluar dari kereta itu. Harith tertawa besar tatkala Aulia menutup pintu dengan kasar.
Aulia berjalan laju ke arah pintu masuk bangunan itu.
Pinnn!
Bunyi hon yang kuat menerpa pendengaran semua orang di situ. Terkejut Aulia dibuatnya tatkala tiba-tiba di hon.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...