BAB 43

10.8K 383 8
                                    

MATA coklat madu itu meliar ke setiap pelosok bilik seperti mencari sesuatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA coklat madu itu meliar ke setiap pelosok bilik seperti mencari sesuatu. Kaki melangkah laju lalu tangan itu terus cuba untuk membuka setiap laci dan ruangan di dalam bilik itu.

"ishh.. Tak de bende yang aku boleh guna ke?!" gumam Aulia geram sambil cuba mencari sesuatu untuk digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri.

"ceh... Bangang tu ingat aku kisah sangat cerita sedih dia tu... Dah lah curang 3 kali! Ingat senang senang jer aku nak terima dia balik! Harith is way better than him! Dari segi perangai dan dari segi rupa! 1000 no 1 billion better!" ngomel Aulia sendiri sambil mencari-cari barang yang boleh digunakan.

Saat sedang mencari barang, mata Aulia terhenti pada suatu benda. Mata coklat madu itu terus bersinar-sinar tatkala melihat benda itu. Aulia terus berdiri tegak. Mata itu meliar sekali lagi cuba memeriksa bilik itu. Mata itu jatuh kepada sebuah kamera CCTV yang terletak cantik di pojok dinding.

Aulia berdecit. Kaki itu melangkah ke arah satu kerusi. Kerusi itu ditarik menuju ke arah CCTV. Selepas itu, Aulia terus mencabut sarung bantal lalu dipasangkan di CCTV itu. Aulia tersenyum sinis tatkala melihat CCTV itu sudah berjaya ditutup.

"ingat aku ni bodoh sangat ke nak biar korang tengok semua gerak geri aku?" ujar Aulia sinis.

* * * *

"Sh*t... Tebusan kita dah tutup kamera bilik tu!" lapor satu suara dengan nada tidak puas hati.

Seorang lelaki yang sedang berdiri di belakang lelaki yang sedang melihat rakaman CCTV itu hanya memandang dingin sahaja monitor yang kian gelap itu.

"as expected of Raven's wife.. She wouldn't be a stupid person" ujar lelaki itu dengan senyuman senget.

Bzzzt..

Bunyi earpiece yang dipakai itu menyapa gegendang telinga Tiff. Tangan itu naik menyentuh ear piece itu.

"Raven already arrive.. Bring her wife over" ujar suara itu.

"right on time... I was just about to go there" ujar Tiff dengan senyuman sinis.

Kaki itu terus mengorak langkah keluar dari bilik cctv itu.

Kaki terus berjalan menuju ke arah bilik dimana mereka mengurung Aulia.

* * * *

Sampai sahaja Tiff di koridor bilik Aulia. Sebaris lelaki-lelaki berpakaian hitam menerpa pandangannya. Lelaki lelaki tersebut hanya menundukkan sedikit kepala ke arah Tiff lalu terus kembali berdiri tegak tidak berkutik.

"I need 2 people to help me.. It's time to let our hostage out" ujar Tiff acuh tak acuh. 2 orang lelaki terus keluar dari barisan lalu menyusuli di belakang Tiff. Kaki itu terus menapak langkah ke bilik Aulia. Langkah terhenti tepat di pintu putih itu. Kunci dikeluarkan lalu dimasukkan di lubang kunci. Pintu itu terus dibuka dari luar.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now