BAB 18

15.3K 507 5
                                    

MATA Aulia ralit memerhati Harith yang sedang bersiap-siap itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MATA Aulia ralit memerhati Harith yang sedang bersiap-siap itu. Seminggu sudah berlalu sejak mereka pulang dari honeymoon. Entah lah...Aulia tidak tahu mahu mengungkapkan apa bila orang tanya tentang hubungan mereka. Pada awalnya Aulia fikir yang hubungan mereka semakin rapat dan Harith sudah membuka sikit hatinya kepada Aulia namun si jejaka kembali dingin seperti tiada apa apa yang berlaku antara mereka di Maldives. Nada suara dan riak wajah tegang itu kembali menghiasi muka tampan si jejaka. Bersentuhan? Hmph! Lagi lah tak. Sampai sahaja di rumah Harith mereka tidur berasingan. Satu benda yang turut berubah cuma Harith akan sentiasa menemaninya makan walaupun si jejaka hanya diam membisu atau sibuk melakukan kerjanya. Perangai Harith yang kembali semula kepada sedia kala itu sebanyak sidikit sudah mengores hati Aulia. Perasaan sementara itu masih lagi berkutik di dalam hati walaupun Aulia cuba untuk menyembunyikan oerasaan itu. Tetapi selepas melihat perubahan Harith. Aulia diselubungi rasa kecewa dan hampa.

"maybe.. memang betul kot dia kena sampuk hantu Maldives masa honeymoon" gumam Aulia perlahan sambil mengutarakan spekulasinya. Yer lah! Mana dia tak fikir macam tu! Waktu honeymoon bukan main sweet Megat Harith terhadapnya... Ni dah balik Malaysia terus muncul balik perangai beku dingin dia tu!

Aulia menongkat dagunya menggunakan tangan seraya matanya memandang ke arah Harith.

"Awak dah nak pergi kerja eh... Bye bye.. Hati hati.." ujar Aulia dengan nada acuh tak acuh.

"Kau tak kerja ke?" Harith menoleh ke arah Aulia yang masih lagi dengan pakaian rumahnya.

"saya kan freelance interior designer... Sekarang ni tengah tak de job.. Kalau ada job busy lah saya" jawab Aulia panjang lebar.

"oh.. Ok" jawab Harith ringkas seraya menapak langkah ke muka pintu.

Melihat harith yang menuju ke muka pintu Aulia menayang senyuman. "Byeee..." Aulia melambai ke arah Harith namun lambaian itu diendah sepi tanpa sahutan. Pintu rumah ditutup seraya kelibat Harith hilang dari pandangan.

"ceh.. Sombong betul" ujar Aulia sendirian.

* * * *

Kasut kulit itu mengorak langkah memasuki bangunan megah itu. Kelihatan sahaja tubuh tegap yang memakai kot bewarna biru gelap itu sebaris pekerja-pekerja di situ menundukkan badan 90° menyambut kedatangan tuan mereka.

Harith menapak langkah ke dalam bangunan megah itu. Pekerja pekerja yang membengkokkan badan mereka dalam satu barisan yang lurus itu hanya diendahkan. Wajah tidak berekspresi dan tegang itu hanya menghadap kehadapan.

Tap..

Tap..

Tap..

Bunyi kasut kulit milik Harith sahaja yang kedengaran di ruangan lobby yang sunyi itu. Tiada sebarang suara melainkan suara kasut Harith. Badannya mengorak langkah ke arah lif eksklusif yang dihiasi mewah. Punat lif yang diperbuat daripada emas itu ditekan.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now