BAB 15

14.3K 497 1
                                    

TANGAN Aulia mencapai bantal yang disebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN Aulia mencapai bantal yang disebelahnya. Tangannya tangkas melibas bantal itu ke muka Harith.

Pang!

"Ha.. Aku dah cakap jangan dekat.. kan dah kena!" ujar Aulia selepas memukul Harith dengan bantal itu. Harith yang tidak menyangkakan perbuatan Aulia yang mendadak itu tidak sempat untuk menghalang. Bantal itu terkena tepat dimukanya.

Senyuman Harith terkaku selepas menerima serangan mengejut dari Aulia. Dia memandang Aulia. Mata dikecilkan. Aulia kelihatan kecik besar kecik besar jer sekarang ini di dalam pandangannya.

"sedap eh.. Pukul suami sendiri?" sindir Harith dengan nada mengusik.

"Haah... Puas hati sebab suami kita miang" ujar Aulia selamba.

Harith menjongketkan keningnya mendengar balasan Aulia.

"kau tahu miang tu macam mana?" tanya Harith sambil menilik wajah polos Aulia.

"tahu lah.. Awak fikir saya ni bodoh sangat ke?" ujar Aulia pula tidak puas hati. Harith tertawa kecil mendengar jawapan Aulia.

"sini aku tunjuk kau apa itu miang" ujar Harith dengan senyuman nakal.

Harith naik ke atas katil badannya betul betul di atas Aulia. Tangannya menahan badannya daripada jatuh menghempap Aulia. Aulia terkunci di tengah tengah tidak dapat bergerak. Mata biru cair milik Harith menatap mata coklat madunya. Aulia bagaikan tidak bernafas. Titisan air mandi dari rambut Harith jatuh hingga terkena tulang selangka Aulia. Mata biru cair lelaki itu seperti dapat menangkap jiwanya hanya dengan pandangan. Jantungnya turut berdegup kencang.

Nafas hangat lelaki itu menerpa kulitnya membuatkan Aulia tidak keruan.

"so this is what miang is.." suara garau Harith menyapa gegendang telinga Aulia. Darah seperti mengalir semua ke kepala. Muka yang memang dari mula sudah kemerahan makin bertambah merah dengan kelakuan tidak dijangka Harith. Pikirannya seperti tidak dapat memproses kelakuan Harith.

* * * *

Harith memandang wajah polos Aulia yang hanya menatap matanya itu. Mata bundar itu memandang tepat di matanya. Harith menelan air liur melihat wajah polos itu. Pada asalnya niatnya hanya mahu mengusik tetapi wajah si gadis yang kelihatan kebingungan dan polos itu benar benar mengoyahkan keimanannya. Mata mereka berdua sudah pun bertaut antara satu sama lain.

Mata Harith jatuh menilik wajah jelita si gadis. Kulit putih gebu, mata bewarna coklat terang, bulu mata lentik, hidung mancung dan juga... Bibir mungil merah yang kelihatan seperti kelopak bunga. Nafas Harith bagaikan terhenti. Matanya terhenti di bibir mungil itu. Saat ini bibir itu kelihatan begitu mengoda di dalam pandangan Harith. Harith menelan air liur kesat. Tanpa sedar dia telah mendekatkan wajah mereka berdua. Aulia yang masih kebingungan seperti tidak dapat memproses apa yang berlaku hanya menatap Harith dengan wajah polos. Kini matanya memandang bibir Harith yang makin mendekat dengannya.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now