BAB 33

13.5K 419 12
                                    

AULIA menutup matanya rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA menutup matanya rapat. Dahi mulus itu berkerut sedikit. Muka pun sudah mula berona merah tatkala dapat merasakan tatapan dalam daripada Harith.

"Argh! Awak asal tak makan! Jangan tatap jer muka saya boleh? Saya nak telan pun tak senang!" ujar Aulia geram. Muka itu sudah cemberut memandang wajah Harith yang hanya tersenyum itu.

"Salah kau lah... Muka cantik sangat dah kenapa?" selamba sahaja perkataan itu keluar dari mulut Harith. Aulia sudah mengeliat kecil.

"Harith stop! Nak terkeluar jantung saya ni!" ujar Aulia geram.

Harith tertawa kecil. "bahaya jugak kalau jantung awak terkeluar... Kalau awak tak de nanti saya gila" ujar Harith selamba.

Aulia hanya mengendahkan kata kata Harith walaupun telinga sudah memerah. "Awak tak nak makan ke? Sedap awak masak" ujar Aulia sambil menyuakan spaghetti buatan Harith ke dalam mulut. Mata bundar itu menatap wajah Harith.

Harith tersenyum senget. "Aku lagi suka tengok kau makan" kata Harith.

Aulia mencebik. "suka hati awak lah" malas Aulia mahu melayan karenah entah apa-apa Harith.

Harith masih lagi tersenyum senget. Satu idea tiba-tiba muncul dikepala. Mata itu mengerling sekilas wajah cemberut Aulia. "Aku boleh makan kalau kau suap... Aaahhh" ujar Harith seraya menutup matanya. Mulut dibuka untuk disuap. Aulia menggenggam erat garfu di tangan. 'ishhh... Asal ngada-ngada sangat dia ni harini!!' bebel Aulia di dalam hati. Mata berdolak dalik memandang garfu di tangan dan mulut Harith yang terbuka sedikit itu. 'nak suap ke tak?' gumam Aulia di dalam hati.

"cepat Aulia.. Kalau tak aku kebulur nanti.. Kau yang susah" ujar Harith dengan senyuman sumbing.

Aulia berdecit perlahan seraya menyuakan mi  spaghetti ke dalam mulut Harith. Harith mengunyah perlahan. Muka itu menayangkan senyuman manja.

"mmh.." mulut sengaja mengeluarkan bunyi nikmat. Aulia hanya menjengilkan mata melihat gelagat Harith.

Garfu itu dihentam geram ke pinggan seraya mengambil spaghetti lalu disua ke dalam mulut. Mata itu masih menatap tajam wajah Harith.

Harith tersenyum senget.

"do you know that you just did an indirect kiss?" ujar Harith dengan senyuman nakal.

Tangan Aulia terkaku. Harith menunjukkan jarinya ke arah garfu itu lalu ke arah bibir. Bibir itu dimuncungkan sekilas. Wajah Aulia terus memerah seperti tomato tatkala memahami maksud Harith.

Harith tertawa suka.

"Aulia you're so cute!" ujar Harith geram. Tangan itu naik gaya mahu mencubit pipi gebu itu namun ditarik balik.

* * * *

"Harith! Jom keluar!" ujar Aulia dengan nada gembira. Mata itu dikedip-kedipkan ke arah Harith. Muka comel sengaja ditayangkan. Harith menekup kedua-dua belah pipi gebu Aulia. "alahai.. Comelnya budak ni! Nak keluar? Boleh tapi kiss dulu sini." ujar Harith sambil menayangkan pipinya ke arah Aulia. Aulia memincingkan mata ke arah Harith.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now