AULIA dapat merasakan pelukan dari belakang badannya. Harith memeluk pinggang Aulia dengan erat seraya muka dibenamkan dileher jinjang itu.
"sayang..." panggil Harith perlahan.
"mhm... Abang dah kenapa ni?" tanya Aulia lembut. Tangan itu sedang sibuk memakai skincare di muka.
"Sayang tak payah pergi office boleh tak?" tanya Harith lembut.
"lah.. Kenapa pulak?" tanya Aulia hairan.
"abang risau lah..kalau boleh sayang stop jer lah pergi office... Sayang buat kerja kat rumah jer" ujar Harith dengan nada lembut.
"tapi sayang banyak kerja lah bang!" ujar Aulia tidak mahu.
"please sayang.." pinta Harith.
"kenapa abang tak bagi Lia pergi office pulak tiba-tiba ni?" tanya Aulia perlahan.
"Aulia tahu kan abang ni Raven... Abang ada banyak musuh...ada musuh abang yang nak serang abang... Abang takut diaorang akan cuba untuk culik sayang lagi... So please.. Sayang duduk kat rumah ibu?" ujar Harith.
"abang ada nak pergi mana mana ke? Kalau abang tak pergi mana mana mesti abang tak suruh sayang balik rumah ibu.. " Aulia menoleh kearah Harith. Mata biru cair itu ditatap dalam.
Harith hanya mendiamkan diri. Rambut Aulia yang terjuntai sedikit diselitkan kebelakang telinga. Harith hanya menayang senyum.
" abang akan dalam bahaya kan?" tanya Aulia lagi. Mata coklat madu itu menatap wajah Harith yang hanya menayang senyum.
"Aulia jangan risau... Abang ok jer.. Sayang duduk kat rumah ibu jer eh? Ataupun sayang nak duduk rumah mama ngan papa?" tanya Harith lembut.
"kalau abang tak pergi tak boleh ke?" tanya Aulia perlahan.
"tak leh sayang.. Abang kena ada kat situ"
Aulia mengeratkan pelukannya di badan Harith. Kepala disembamkan di dada bidang itu.
"Nanti abang hantar beberapa orang anak buah abang untuk jaga sayang... Kalau sayang selamat abang pun akan selamat... So sayang jangan risau" ujar Harith lembut seraya melabuhkan kucupan lembut di dahi mulus Aulia.
Aulia menggenggam erat baju Harith. "abang pergi lama ke?" tanya Aulia perlahan.
Harith terdiam seketika. Untuk plan dia berjalan dengan lancar, Harith kena berjauhan dengan Aulia. Dia tidak boleh dedahkan kewujudan Aulia. Walaupun orang dalam Malik Alshaytin yang akan handle penculikan tu mereka tetap perlu berhaga-jaga kerana terdapat banyak pihak di dalam keluarga Winterfall. Diaorang bukan satu keluarga yang harmoni sangat. Mesti ada sahaja yang buat kerja sendiri.
Harith masih lagi mendiamkan diri dia pun tidak tahu berapa lama dia perlu berjauhan. Sebab kemungkinan besar mata mata dari winterfall family sudah mula menjejaki dirinya.
YOU ARE READING
UNPLANNED MARRIAGE
RomanceMEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh pasangan mereka sendiri ketika hendak akad nikah.Kedua dua keluarga yang hendak menjaga maruah merek...