BAB 41

9.6K 342 4
                                    

MATA biru cair itu mencerlung tajam ke arah lelaki dihadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA biru cair itu mencerlung tajam ke arah lelaki dihadapannya. Muka masih lagi dingin dan beku tatkala melihat lelaki itu mengeluarkan sesuatu.

"shoot" ujar Harith dingin.

Tiba-tiba sahaja lelaki dihadapannya itu rebah seraya cecair merah mula mengalir di lantai. "good job" ujar Harith dingin tatkala melihat badan tidak bernyawa itu.

Dareen yang sedang tertiap di atas satu bumbung itu hanya memandang dingin mayat itu. Tangan mula reload kembali sniper nya.

Jam di tangan dikerling sekilas. Jam menunjukkan pukul 6.40 p.m.

'Aku dah lambat mesti Aulia dah tunggu lama' getus Harith di dalam hati. Mata itu dingin memerhati kelilingnya. Baru sahaja kaki itu ingin mengorak langkah, langkahnya terhenti tatkala mendengar sesuatu.

"Boss... Kita dapat maklumat baharu, Lee Xiang dah larikan diri ke pelabuhan! Dia nak larikan diri naik bot!" ujar Sean dengan nada cemas.

Tangan kekar itu dikepalkan kepada penumbuk tatkala mendengar berita itu. Harith mendengus kasar.

"Bertolak pergi sana... Pastikan bangang tu tak dapat lari... Call Dylan suruh dia tutup laluan perairan dekat pelabuhan! Sekat semua orang yang nak keluar!" ujar Harith tegas.

"Baik boss!" jawab Sean.

"Ellie!" panggil Harith.

"yes boss!" sahut Ellie yang sedang sibuk memukul seseorang walaupun orang itu sudah pingsan.

"Aku nak kau pergi lead team dengan Dareen! Tangkap Lee Xiang.. Pastikan dia ada depan aku malam ni!" ujar Harith sambil mata biru cair itu menatap tajam wajah Ellie.

"Aip.. Aip boss!" ujar Ellie dengan senyuman lebar seraya tangan diangkat untuk melakuan tabik hormat.

Harith terus melangkah laju menuju ke arah kereta Mercedes-Benz hitamnya. Pintu bahagian pemandu dibuka seraya badan itu memboloskan diri ke dalam perut kereta.

* * * *

Kereta Mercedes Benz itu dipandu laju. Harith juga turut mengeluarkan telefon dan memeriksa mesejnya. Kot-kot lah ada mesej daripada Aulia sebab dia dah terlambat 30 minit.

Ruangan mesej Aulia kosong.

Harith memandang hairan. 'Aulia tak cakap apa apa?' getus Harith di dalam hati. Dia agak musykil. Tangan itu terus mendail nombkr Aulia. Harith menghidupkan loud speaker. Bunyi deringan telefon memenuhi ruangan kereta itu.

Dring..

Dring..

Dring..

Namun masih lagi keluar suara...

"the nombor you've dialed is unreachable..."

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now