BAB 71

12.2K 374 20
                                    

TANGAN itu tidak berhenti bergerak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN itu tidak berhenti bergerak. Mata biru cair itu pula ralit membaca report dan dokumen yang di atas meja.

Sedang Harith melakukan kerjanya dengan tekun tiba-tiba sahaja bunyi deringan telefon memecahkan suasana hening tadi.

kring!

Kring!

Harith terus mencapai telefonnya. Bibir itu terus mengukir senyuman tatkala caller id itu kelihatan. Harith terus mengangkat panggilan itu.

"Yer sayang... Kenapa call? Rindu ke?" ujar Harith sambil tersenyum mengusik.

"hik.. Hik.. Abangggg" panggil suara itu tersedu-sedan. Badan Harith terus menegak tatkala mendengar bunyi tangisan Aulia. Wajah sudah kelihatan cuak.

"Sayang? Kenapa ni?! Kenapa sayang nangis?!" tanya Harith cemas seraya terus berdiri dari duduknya. Kunci kereta terus dicapai.

Suara tangisan Aulia masih kedengaran. "hik.. Hik.. Abanggg... Sayang nak makan.. Kunafaaaa!" ujar Aulia sambil menangis.

Langkah Harith terhenti tatkala mendengar itu. Keluhan lega dikepaskan. "sayang mengidam ke ni?" tanya Harith dengan senyuman.

"hm" Aulia mengangguk.

Harith tertawa kecil. "nanti abang balik abang belikan eh?"

"hm... Abang balik cepat tau... Sayang tunggu" ujar Aulia manja.

"yer.. Abang balik cepat" ujar Harith lagi.

Aulia tersenyum gembira tatkala mendengar itu. "yayyy... Sayang abang! Muah!" ujar Aulia.

Harith tersenyum lebar. "yer.. Sayang Aulia jugak.. Muah!" balas Harith. Suara Aulia yang sedang terkekek-kekek ketawa kedengaran.

* * * *

Harith menolak pintu rumah itu seraya ruangan yang gelap menerpa pandangan.

"Aulia dah tidur ke?" gumam Harith perlahan. Plastik kunafa yang dibeli dipegang erat. Berjam jam dia beratur untuk dapatkan kunafa ni untuk Aulia. Sebab tu lah balik lambat.

Harith menanggalkan kasutnya seraya kaki melangkah masuk. Baru sahaja melangkah masuk, mata biru cair itu menangkap tubuh si isteri yang sudah tertidur di sofa. Wajah jelita itu menerpa pandangan Harith. Harith tersenyum kecil tatkala melihat itu.

Kaki melangkah perlahan menuju kearah Aulia yang sedang tertidur.
Harith mencangkung dihadapan Aulia. Wajah polos si isteri ditilik lama. Memori apa yang berlaku sebelum ini kembali bermain dikepala.

* * * *

Kaki itu berlari laju mengiringi tubuh Aulia yang sedang didorong di atas katil hospital. Wajah Aulia yang pucat dan tidak sedarkan diri itu menerpa pandangan aku. Air mata sudah mengalir tiada henti. Segala jenis memori dan kenangan bersama Aulia bermain dikepala.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now