BAB 37

13.6K 423 4
                                    

KELOPAK mata itu terbuka perlahan-lahan tatkala mendengar deringan penggera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELOPAK mata itu terbuka perlahan-lahan tatkala mendengar deringan penggera. Mata itu digosok perlahan ingin membuang rasa ngantuk. Tangan meraba-raba tempat di sebelahnya seperti mencari seseorang. Tangan itu digerakkan menggosok-gosok tilam.

"hm?"

Aulia menolak badannya untuk bangkit. Mata bundar itu memandang ke arah kawasan katil di sebelahnya.

Kosong?

Aulia terus terduduk. 'Mana Harith?'getus Aulia di dalam hati. Mata coklat madu itu meliar ke pelosok bilik ingin mencari kelibat Harith namun tiada. Aulia terus turun dari katil lalu menuju ke arah bilik mandi. Pintu bilik mandi dikuak. Tiada orang juga.

"Dia dah pergi kerja ke?" gumam Aulia perlahan. Aulia masuk kembali ke dalam bilik mandi lalu pergi membasuh muka dan menggosok gigi. Setelah selesai, kaki mengorak langkah keluar dari bilik. Buka sahaja pintu bilik, kelibat Harith yang sedang sibuk di dapur menerpa pandangan Aulia. Senyuman kecil terukir di bibir itu tatkala melihat Harith yang sedang sibuk memasak.

Langkah diatur rapi menuju ke arah dapur. Badan kekar dan tegap itu dipeluk dari belakang. Kepala digeselkan manja di belakang badan tegap itu. Harith tersenyum tatkala merasakan dirinya dipeluk. Lantas badan tegap itu pusing menghadap Aulia. Tangan kekar itu naik memegang rahang Aulia.

"Dah bangun?" ujar suara itu lembut. Aulia tersengih.

"Dah!" ujarnya gembira lalu muka disembamkan di dada bidang Harith. Muka digeselkan di situ. Harith tertawa suka seraya tangan kekar itu diletakkan di bawah punggung dan kaki Aulia lalu badan genit itu diletakkan di kabinet dapur.

"Asal manja sangat hari ni.. Hm?" tanya Harith lembut sambil menatap mata coklat madu itu dengan senyuman. Tangan kekar itu di letakkan di kabinet dapur mengunci Aulia di tengah-tengah. Aulia tidak menjawab tetapi tangan kecil itu naik menekup pipi Harith lalu melabuhkan kucupan sekilas di bibir itu. Terbeliak mata Harith tatkala menerima kucupan dari Aulia. Ni first time Aulia buat first move.

Harith mencebik.

"sekejap nyer" ujarnya mengada. Aulia tertawa kecil. Tangan kekar Harith naik memegang leher jinjang Aulia lalu ditarik lembut leher itu ke arahnya. Bibir itu dilekapkan antara satu sama lain. Harith melabuhkan kucupan lama di bibir itu.

Walaupun tidak mahu berhenti Harith tetap merungkaikan ciuman itu. Wajah cerah Aulia kian berona merah tatkala tiba-tiba dicium Harith. Harith tersengih manja tatkala melihat wajah Aulia yang sudah memerah.

"comelnya isteri aku ni" ujarnya geram.

Aulia melarikan pandangan. "ishh.. Gatal lah awak ni!" ujar Aulia geram lalu menepuk bahu Harith.

Harith tertawa besar. "Gatal gatal pun kau suka. " ujar Harith dengan senyuman nakal.

"mana ada!" bangkang Aulia laju.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now