BAB 31

13K 498 16
                                    

TOMBOL pintu dipulas perlahan seraya satu salam dapat didengari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TOMBOL pintu dipulas perlahan seraya satu salam dapat didengari.

"Assalamualaikum" ujar Harith namun tiada balasan. Harith memandang keliling rumah yang kelihatan gelap itu. Kasut ditanggalkan dan diletakkan di rak kasut. Langkah diatur rapi ke dalam rumah.

"Aulia?" nama itu dipanggil lembut. Tiada sahutan.

Sepi...

Harith menapak langkah ke ruang tamu. Ruang tamu itu kosong sahaja lalu dia mengerling sekilas ke arah jam tangan. Tertera di situ 11.45 p.m. Suis yang terletak di dinding itu ditekan seraya lampu dihidupkan. Baru sahaja Harith mahu menuju ke bilik langkahnya terhenti tatkala melihat sekujur tubuh yang tertidur lena di atas sofa sambil meringkuk.

Keluhan kecil dilepaskan tatkala satu senyuman nipis terukir di bibir. Kaki itu berjalan merapati tubuh yang tertidur lena itu. Harith mencangkung di tepi sofa. Jari mula naik ke muka Aulia yang ditutupi helaian rambut. Rambut yang berjurai-jurai itu diselitkan ke belakang telinga. Wajah si isteri yang sedang polos tidur itu ditilik puas.

"asal kau tidur sini.. Hm?" perlahan sahaja suara Harith seperti berbisik. Aulia tidak menjawab. Tangan kasar itu mengusap lembut pipi si isteri. Aulia mengeliat sedikit. Harith yang memerhati hanya mampu tersenyum. Alahai.. Cantiknya isteri aku ni! Rasa macam nak gigit-gigit!!

Tangan itu mengusap lembut kepala Aulia seperti mengusap sesuatu yang sangat berharga.

"mesti tak selesa tidur sini" gumam Harith perlahan. Tangan itu terus diselitkan di bawah badan Aulia lalu Aulia diangkat perlahan - lahan. Langkah Harith pun perlahan sahaja tidak mahu mengejutkan si isteri. Aulia yang diangkat Harith gaya princess carry itu dibawa menuju ke biliknya.

Tangan kekar itu perlahan - lahan melabuhkan badan Aulia di atas katil empuk itu. Wajah Aulia ditilik kembali. Rasa tak puas sahaja melihat wajah mulus itu. Wajah jelita itu ditatap lama. Tangan mula naik menjajar wajah si isteri. Dari dahi ke hidung mancung itu lalu berhenti di bibir mungil itu. Mata biru cair itu menatap bibir merah jambu Aulia.  Halkum bergerak ke atas dan ke bawah. Tanpa disedari bibir itu melabuhkan kucupan lembut di bibir mungil Aulia. Terasa hangat dan lembut sahaja bibir yang dihempapnya.

"oh f*ck.."carut Harith perlahan apabila tersadar akan apa yang dibuatnya. Mata itu melihat Aulia yang mengeliat kecil. Harith lantas bangun lalu pergi ke arah bilik mandi.

Beberapa minit kemudian mata yang terpejam rapat itu terbuka sedikit. Mata masih lagi kabur kerana mamai. Bunyi air pancur menerpa gegendang telinga Aulia.

'Harith dah balik ke?' gumam Aulia di dalam hati. Mahu bangun tapi mata masih lagi berat. Oleh itu, Aulia menutup kembali matanya dan terus lena kembali dibuai mimpi.

Setelah 15 minit pintu bilik mandi itu dikuak dari dalam seraya wap wap panas terkeluar dari bilik mandi itu. Wajah Harith yang kelihatan segar selepas mandi itu kelihatan. Harith terus melangkah keluar lalu menuju ke arah bilik bajunya. Baju tidur diambil lalu di sarung ke badan. Rambut basah itu digosok untuk dikeringkan.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now