BAB 14

16.1K 530 8
                                    

'GELAP'Itu sahaja yang dapat dilihat di kelilingnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'GELAP'Itu sahaja yang dapat dilihat di kelilingnya. Mata coklat madu bundar itu ralit melihat persekitarannya namun hampa... Retina matanya tidak dapat menangkap apa apa pun melainkan persekitarannya yang gelap itu. Badannya cuba digerak-gerakkan namun rasa sakit yang teramat menghentikan pergerakannya. Perasaan cemas dan takut mula menyelubungi diri. Badannya hanya terbaring longlai di situ tidak bergerak.

"ayah?" suara gadis kecil berbunyi di dalam ruangan gelap itu.

"ibu?"

"abang long?"

"abang ngah?"

"abang Aryan?!" seruannya tidak disahut sesiapa. Hanya gema suaranya kedengaran. Aulia berasa putus asa dan takut saat ini.

'tolong Lia... Lia takut!' bisiknya di dalam hati.

Esakan kecil dapat didengari memenuhi ruangan gelap itu....

* * * *

Aulia duduk di atas kerusi berjemur itu sambil matanya termenung melihat ombak ombak dihadapannya. Air laut yang biru itu ditatap lama. Bibir merah Aulia juga turut mengukir senyuman melihat pemandangan yang indah itu. Hatinya kini berasa lebih tenang. Angin sepoi sepoi yang terkena di badannya juga sangat sedap dan nyaman.

"bestnya kalau duduk sini... Hari hari boleh tengok laut" gumamnya perlahan sambil mata coklat madu itu masih lagi memerhati laut biru.

Jalan kehidupannya selama 25 tahun ini seperti bermain-main dikepala. Kadang kala sedih, kadang kala gembira. Tetapi Aulia tetap menayangkan senyuman. Perasaan yang tatkala hadir apabila dia bersama jejaka yang bergelar suaminya iaitu Megat Harith hanya dikunci rapat di hujung hatinya. Mungkin ini bukan perasaan cinta? Mungkin ini hanyalah perasaan yang datang sekejap sahaja... How people got a crush? Aulia yakin yang perasaannya ini cuma sementara. Kalau memang betul perasaan ini cinta Aulia rasa dia tidak sanggup untuk meneruskan dan menerima perasaan ini. Cukuplah hatinya asik dilukai dengan gerangan yang digelar jejaka. Walaupun minda sudah serik tetapi hati? Hati tidak dapat dikawal.

"ha.." Aulia melepaskan keluhan kecil. Dia amat berharap yang perasaan ini cuma sementara.

Aulia memejamkan mata ingin menikmati angin sepoi yang membuainya.Sedang asik menikmati angin sejuk satu suara menyapa gegendang telinganya.

"Aulia.. Jom makan" ujar suatu suara garau dari jauh. Aulia menoleh ke arah si empunya suara. Senyuman manis ditayangnya.

"jom" ujar Aulia dengan suara lunaknya.

Harith meletakkan makanan makanan di atas kerusi. Dia mengeluarkan makanan - makanan itu satu persatu.

"aku beli Mashuni.. Bajiya dan Hadhikaa untuk snek kita" ujar Harith.

Aulia mengerutkan dahi mendengar kata kta Harith. Dia melihat makanan makanan yang dibeli Harith. Pelik sungguh namanya. Makanan dihadapannya juga kelihatan asing baginya.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now