BAB 27

14.5K 526 36
                                    

AULIA mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan suami isteri itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan suami isteri itu. Semua perihal rumah itu dan cita rasa pemilik rumah sudah dicatat. Dia hanya tinggal design dan mencari perabot perabot yang sesuai di pasaran mengikut budget yang telah ditetapkan. Baru sahaja kaki itu mahu melangkah pergi, Aulia terhenti tatkala melihat Harith yang menghulur tangannya itu. Aulia memandang hairan wajah Harith.

"what?" tanya Aulia dengan nada yang tidak senang.

Harith menjongketkan keningnya. Tangannya dihulurkan ke arah Aulia gaya mahu dipegang.

"tadi kata nak pegang balik." ungkit Harith dengan senyuman mengusik.

'eeehhhhh.. Geram nya aku tengok dia ni! Kecik besar kecik besar jer!' gumam Aulia dalam hati. Mata itu memandang tajam ke arah Harith. Harith hanya tersenyum. Aulia melepaskan keluhan berat. Tangannya diletakkan di atas telapak tangan Harith.

"good girl" ujar Harith seraya senyuman puas terukir di bibir apabila melihat Aulia yang menuruti kata kata nya. Jari jemarinya dijalinkan dengan jari jemari runcing Aulia. Aulia hanya pasrah. Harith menarik Aulia ke arah lift. Aulia mengerling sekilas wajah Harith yang kelihatan gembira itu.

'asal dia nampak happy sangat? The way he treat me today will make me misunderstand...' keluh Aulia di dalam hati. Cara layanan Harith hari ini sebenarnya cukup membuatkan hatinya berbunga bunga tapi egonya tak akan memaafkan lelaki itu begitu sahaja. Cukup dengan layanan seperti ini telah membuatkan Aulia jatuh hati. Tapi dia takut untuk menaruh hati. Dia sering mengingati diri sendiri bahawa cintanya hanya sementara tetapi jauh di lubuk hati. Aulia tahu.. Ini bukan cinta yang sementara.

Sedang asyik dengan lamunannya tiba tiba sahaja satu suara yang sudah terbiasa didengari Aulia menerpa pendengarannya.

"Aulia what are you thinking about?" Harith memetikkan jarinya didepan muka Aulia. Menyedarkan Aulia dari lamunannya. Aulia menoleh ke arah Harith. Wajahnya dingin sahaja dan tidak beriak. "nothing" jawab Aulia dingin. Harith hanya tersenyum tipis mendengar jawapan Aulia. Aulia dan Harith masing masing masuk ke dalam kereta.

Baru sahaja Aulia ingin menarik seat belt nya. Harith bangun sedikit dari kerusinya. Badannya mendekati Aulia. Aulia yang baru sahaja memegang seat belt itu terkaku. Nafasnya seperti terhenti apabila Harith tiba tiba mendekati tubuhnya. Mata biru cair itu menatap mata bundar Aulia. Deruan nafas hangat Harith menerpa pipinya. Hati tak payah cakap lah memang dah tak keruan. Harith tersenyum senget tatkala melihat reaksi Aulia. Tangannya mencapai seat belt itu lalu dipakaikan untuk Aulia. Aulia masih lagi terkaku. Kepala memproses apa yang berlaku. Setelah rasa seperti sekian lama suara Harith menerpa telinganya.

"so.. Aulia kau ada kena pergi mana mana lagi ke?" tanya Harith memecahkan suasana hening tadi.

Aulia terus membetulkan semula kedudukannya. Kepala kembali memproses. "tak.. Hantar jer saya balik" ujar Aulia acuh tak acuh. Harith hanya memerhati riak kosong Aulia.

UNPLANNED MARRIAGE Where stories live. Discover now