[ edited ] O17

309 39 20
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KALI INI, dia memilih untuk mengambil angin di taman permainan yang agak jauh daripada kawasan perumahan Puan Kadijah.

Dia tidak mahu sesiapa pun menjumpainya disitu. Dia mahu menyendiri. Bertenang dan refleksi diri. Tidak mahu emosi terus - menerus menguasai diri.

Anak mata Dayana turun memandang ke arah kakinya. Converse berwarna hitam berbelang putih itu sudah bertukar warna.

Belang putihnya sudah bertukar merah. Dia tidak perasan bila masa dia terpijak serpihan kaca yang berselerak di dapur tadi.

Kakinya terasa pedih. Namun rasa itu diabaikan sahaja. Lagian pula, sewaktu dia keluar daripada rumah tadi, dia sempat singgah ke koperasi kampung.

Nasib sahaja koperasi ada menjual larutan anti-septik dan bandage. Tidaklah dia perlu keluar ke pekan untuk mencari kedua barang tersebut.

Kakinya diangkat naik ke atas pondok. Telefon pintar keluarkan lalu lampu suluh belakang dihidupkan. Tangan kiri memegang telefon pintar manakala sebelah tangan lagi digunakan untuk membuka kasutnya.

Selesai membuka kasut pada kaki kanan, dia berdesis kecil. Perih rasanya apabila material kasut itu bergeser dengan lukanya.

Nak menangis rasanya.

Telefon pintarnya disandarkan pada tiang astaka. Seterusnya, gadis itu membelek telapak kakinya yang luka itu. Diusap lembut sekitar kawasan luka itu.

Ada serpihan kaca yang tertinggal di dalam kulit kakinya. Dia mahu menarik serpihan itu keluar tetapi tangannya kotor. Bila difikirkan semula, bakal terkena jangkitan jika dia berbuat sedemikian.

Dia mengeluh. Kalau mahu berjalan ke arah motor dan patah semula ke koperasi, kakinya sudah terlanjur sakit.

Mahu menyarung semula kasut? Sudah tentu jauh lebih sakit.

Bunyi derapan tapak kaki pada rimbunan rumput kedengaran. Sontak gadis itu menoleh ke arah sekitar taman permainan itu.

Namum dek kerana suasana malam yang gelap, dia tidak dapat melihat kawasan sekeliling dengan baik. Tambahan pula dia separuh buta dan tanpa cermin mata.

Entah macam mana dia boleh terlupa untuk mengambil cermin mata terlebih dahulu sebelum menunggang motorsikal. Nasib sahaja tiada perkara buruk yang berlaku kepadanya lagi.

Dayana kembali diam. Dia malas mahu mengambil tahu tentang bunyi derapan tapak kaki itu. Barangkali hanya kucing atau lembu Pak Samad yang terlepas.

"Gotcha. Dekat sini rupanya awak, bintang."

Gadis itu mengerutkan dahinya. Sejak bila lembu Pak Samad reti bercakap ini? Dan bintang? Lembu Pak Samad berkawan dengan Ziyad ke?

"Bintang, turn around."

Alamak, ini bukan suara lembu Pak Samad. Ini suara Ziyad. Lagi pun, sejak bila lumrah seekor lembu boleh bercakap?

Dayana memusingkan kepalanya. Susuk tubuh tinggi lampai itu sudah pun berada dibelakang astaka itu. Walaupun keadaan taman permainan itu malap, dia masih boleh melihat senyuman manis lelaki itu.

"Macam mana kau boleh jumpa aku?" datar sahaja Dayana bertutur.

Sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk bersua muka dengan Ziyad. Niatnya keluar dari rumah itu adalah untuk melarikan diri daripada Ziyad dan bukanlah mama atau papa.

"Saya minta tolong pakcik guard yang jaga pintu masuk Felcra tu. Maklumlah, saya bukannya tahu menahu tentang jalan dekat sini pun. Kalau sesat karang, satu hal pula." seloroh Ziyad.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang