[ edited ] O25

342 42 15
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ AWAK NAK aiskrim tak?” soal Ziyad. Langkahnya mati sebaik sahaja tiba dihadapan kedai aiskrim berwarna hijau── IIao IIao.

Dayana menggelengkan kepalanya, “Tak mahulah. Kalau kau nak, pergilah beli. aku tunggu.”

Ziyad mengecilkan matanya. wajah Dayana dipandang dalam. Wajah tidak percaya dipasang. Seketul Dayana? Tak mahu aiskrim? Aneh.

“Betul ni tak nak?” soal Ziyad sekali lagi dan Dayana mengangguk yakin.

Dia sudah terlalu banyak menyusahkan Ziyad hari ini. Bermula daripada tempahan baju kahwin hingga keseluruhan barangan kahwin.

Bukannya dia tidak mahu bantu, cuma Ziyad yang berkeras tidak benarkan gadis itu mengeluarkan sesen pun duitnya. Katanya, Dayana masih belajar jadi lebih baik simpan duit itu untuk kegunaan kuliah.

“Kalau macam tu... awak duduk dekat bangku sana dulu. Nanti saya datang.” arah Ziyad.

Dayana mengangguk. Tidak perlu mengambil masa yang lama, dia melangkah ke arah bangku yang berada tidak jauh daripada kedai IIao IIao itu.

Susuk tubuh Ziyad yang sedang beratur itu dipandang. Keluhan kecil terbit daripada ulas bibir gadis itu. Namun kemudian, keluhannya berganti segaris senyuman.

Telefon pintarnya dikeluarkan dari dalam poket seluar. Aplikasi kamera dibuka lalu diarahkan telefon pintarnya tepat pada Ziyad.

Butang putih yang berada dibawah aplikasi itu ditekan.

Snap!

Satu gambar berjaya ditangkap oleh Dayana. Seterusnya, dia mengambil beberapa lagi gambar Ziyad menggunakan telefon pintar pemberian lelaki itu.

Senyuman puas terukir pada wajah gadis berambut pendek itu. Telefon pintarnya kembali dimasukan ke dalam poket seluar.

Dia kembali memerhati gerak - geri Ziyad daripada bangku itu. Entah kenapa bila dia berada dekat Ziyad, dirinya berasa jauh lebih selamat.

Rasanya seperti mahu sentiasa berada dekat dengan lelaki itu. Jejaka itu seolah - olah tempat yang paling selamat Dayana pernah tahu── selepas uwan dan atuk.

Selang beberapa minit, lelaki itu memusingkan tubuhnya. Dayana memandang tepat kearah wajah si jejaka. Senyuman kecil dikuntumkan buat Ziyad.

Lelaki bertubuh tinggi lampai itu berjalan menghampiri Dayana bersama dengan beberapa buah beg kertas pada tangan kiri dan secawan aiskrim pada tangan kanan.

Setiba sahaja dihadapan Dayana, cawan aiskrim itu dihulurkan kepada gadis tersebut. Dayana hanya diam, menyambut sahaja huluran Ziyad.

Mungkin tangan dia lenguh sebab pegang banyak barang. sangkal Dayana.

Aiskrim yang berada dalam tangannya itu dipandang lama. Tiba - tiba sahaja aiskrim sejenis yogurt itu kelihatan menggoda. Patut ke dia makan sahaja aiskrim itu?

Namun malangnya secawan aiskrim tersebut bukan miliknya tetapi milik Ziyad. Spontan Dayana mencebik. Itulah, jual mahal lagi.

Kekehan halus menyapa gegendang telinga Dayana. Gadis itu melagutkan kepalanya bagi melihat Ziyad. Jelas lelaki itu sedang terkekeh kecil.

“Itulah, awak. Saya offer tadi... tak nak.” ujar Ziyad.

Aiskrim tersebut kembali dihulurkan semula kepada Ziyad. Sekali lagi Dayana mencebik tidak puas hati. Sepasang bola mata itu dijulingkan.

“Memang tak nak pun.”

Ziyad menggeleng perlahan. Sisa tawa lelaki itu masih ada. Seterusnya, huluran Dayana itu ditolak lembut. Memulangkan kembali aiskrim tersebut kepada Dayana.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang