[ edited ] O27

302 41 8
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ   RIUH - RENDAH memenuhi segenap ruangan inap desa itu. Beberapa anak kecil sedang bermain kejar - kejaran manakala ada yang asik berkepit dengan ibu mereka.

Majlis doa selamat pada malam itu hanya dilakukan dengan ahli keluarga terdekat sahaja. Tiada orang luar yang terlibat.

Namun bayang Ziyad langsung tidak kelihatan. Dari pagi sehingga malam. Panggilan dan mesej Dayana langsung tidak dibalas oleh lelaki itu.

Dayana mengeluh kecil. Ke mana sebenarnya Ziyad menghilangkan diri? Kalau boleh jujur, dia mahu menangis sahaja sekarang ini.

Siapa sahaja tak sedih? Tinggal sehari sahaja lagi sebelum majlis akad nikah dan majlis sanding. Tetapi calon pengantin lelakinya menghilangkan diri.

Sepanjang seminggu itu juga, tiada siapa pun yang tahu ke mana Ziyad pergi. Puan Aida juga puas menelefon lelaki itu. Namun tidak berangkat.

Boleh jujur? Dia rindukan Ziyad. Seminggu rasanya bagaikan sebulan. Tiada khabar. Apatah lagi bersua. Lelaki itu hilang tanpa khabar.

Apa yang sedang Ziyad lakukan sekarang, ya?

Sentuhan lembut pada bahu Dayana mematikan lamunannya. Gadis itu segera memalingkan wajahnya ke belakang. Senyuman nipis diukirkan.

“Umi...”

Spontan tubuh Puan Aida didakap erat oleh Dayana. Tangisannya pecah. Dia tidak dapat lagi menahan perasaan hibanya.

“Ya Allah, Aya. Kenapa ni? Siapa buat Aya?” soal Puan Aida khawatir.

Mana tidaknya, Puan Aida sebenarnya mahu mengajak Dayana berbual tetapi berakhir dengan gadis itu menangis dalam dakapannya.

Tubuh Dayana dielus perlahan. Dapat dia rasakan dada gadis itu turun naik kerana esakan tangis. Tangisan gadis itu juga semakin menjadi - jadi.

“Aya... cuba cerita dengan umi. Aya kenapa?” soal Puan Aida lembut.

Dayana menggelengkan kepalanya. Wajahnya turut disembamkan pada ceruk leher Puan Aida yang masih berlapik tudung itu.

“Aya menangislah dulu. Nanti dah reda sedih tu... ceritalah pada umi.” pujuk Puan Aida dan Dayana mengangguk.

Lama mereka berada dalam keadaan seperti itu. Lama - kelamaan, tangisan Dayana juga semakin reda. Pelukan dileraikan. Tangannya naik mengesat air mata yang masih bersisa.

“Aya rindu Jie.” gumam gadis itu perlahan. Namun masih boleh didengari oleh Puan Aida.

“Mana Jie pergi, umi? Seminggu ni Aya langsung tak dengar apa - apa fasal dia. Call tak angkat. Mesej tak reply. Jie nak lari ke?” Dayana bersuara lagi.

“Ya Allah, sayang. Kenapa fikir sampai macam tu sekali? Umi tak rasa Ziyad macam tu. Mungkin ada sebab kenapa Yad hilang seminggu ni.” pujuk Puan Aida.

Kepala Dayana ditarik supaya bersandar dibahunya. Dielus lembut wajah bakal menantunya itu. Tangannya dilingkarkan pada bahu si gadis.

“Selalunya Jie akan mesej Aya. Tanya tengah buat apa? Okay ke kuliah hari ni? Tapi kali ni dia langsung tak mesej Aya.” seloroh Dayana. Sisa tangisannya masih ada.

“Dia sibuklah tu, Aya. Nanti esok, Aya tanyalah sendiri pada dia.” lembut sahaja suara Puan Aida menyapa telinganya.

“Itu pun kalau dia muncul.” gumam Dayana, perlahan.

“Tak baik cakap macam tu, Aya. Tak akan dia nak tinggalkan Aya macam tu aja? Beria anak bongsu umi tu usaha untuk kejar Aya. Tak akan dia nak melepas macam tu aja?” pujuk Puan Aida lagi.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang