[ edited ] O41

274 36 13
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUM! DAUN pintu dihempas kasar oleh Dayana. Kedua - dua belah pipinya dipegang oleh gadis itu.

Gila. Sungguh dia malu. Tangannya dikibas - kibas dihadapan wajah── dengan harapan bahang panas hilang daripada wajahnya.

Namun nihil. Semakin ditolak, semakin dia memikirkan perkara yang baru sahaja berlaku beberapa minit lepas itu.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

“PEDIH KE?” soal Ziyad khawatir. bibirnya dibawa dekat pada hujung bibir Dayana. Ditiup lembut kawasan luka isterinya itu.

Sekali lagi jantungnya berdebar hebat. Posisi wajahnya dengan Ziyad sekarang terlalu dekat. Sehinggakan deruan nafas Ziyad terasa pada wajahnya.

Ziyad turut merasakan perkara yang sama. Anak matanya naik menatap manik mata Dayana. Wajah gadis itu jelas kelihatan merona.

"Jie, aku rasa kita──"

Entah sejak bila, ulas bibir lelaki itu sudah pun mendarat pada kawasan luka si gadis. Dikucup lembut kawasan luka Dayana itu.

Dayana terkedu. Semuanya berlaku dengan tiba - tiba. Otaknya turut bingung ingin memberi tindak balas apa. Sama bingung seperti dirinya.

Ziyad kembali menjarakan diri mereka. Lelaki itu turut membuang pandangannya ke sebarangan tempat. Dia sama - sama malu dengan Dayana. Anak rambutnya dimainkan menggunakan jari - jemari. Bibir turut dikemam. Sungguh dia malu ketika itu.

“A─aku nak keluar.” ujar Dayana.

Baru sahaja Dayana ingin bangun, Ziyad terlebih dahulu menahan tubuh gadis itu. Secara tidak langsung, Dayana kembali terduduk di atas katil.

“Nanti dulu. Luka atas kening awak tu... saya belum sapu ubat lagi.” ujar Ziyad.

“Oh, okay.”

Suasana bertukar janggal. Kedua - duanya terus mendiamkan diri sehingga kerja membersihkan luka Dayana selesai dilakukan.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DAYANA MENGGELENGKAN kepalanya laju beberapa kali. Tidak boleh diterjemahkan betapa malunya dirinya sekarang. Rasa macam nak celup kepala dalam baldi air sahaja.

Dia membuka langkah meninggalkan bilik tersebut. Kakinya dibawa menapak menuruni anak tangga. Ruang tamu menjadi tujuan utama Dayana. Hatinya bersorak gembira. Lega apabila tiada orang diruang tamu rumah banglo tersebut.

Dayana berjalan ke arah sebuah meja hiasan. Terdapat pelbagai jenis bingkai yang mempamerkan sijil, plak dan piala. Dia jadi tertarik mahu membelek satu persatu benda itu.

Tangannya berhenti dihadapan sebuah piala. Ukuran piala itu boleh dikatakan agak besar. Laju tangannya mencapai piala tersebut.

“Kapten pasukan bola keranjang terbaik tahun 2015, Ziyad Nufael bin Abdullah.” sebaris ayat yang tertera pada bawah piala itu dibaca.

Ruas dahi Dayana berkerut. Ziyad Nufael bin Abdullah? Bukan ke sepatutnya nama Ziyad ber‘bin’kan Amirullah?

Sedangkan Aidan ber‘bin’kan Amirullah. Dia fikir Ziyad turut ber‘bin’kan Amirullah seperti Aidan Amreen. Rasanya dia pasti akan perkara ini.

Lagi - lagi Dayana dibuat bingung. Bertambah lagi persoalan yang bakal bermain difikirannya. Kenapa secara tiba - tiba latar belakang Ziyad menjadi misteri baginya?

Dia fikir dia sudah cukup mengenali lelaki itu. Ternyata salah. Banyak perkara yang mula dipersoalkan oleh Dayana.

Piala tersebut kembali diletakkan semula pada tempatnya. Anak matanya naik bagi melihat sijil - sijil yang dibingkaikan. Sijil - sijil tersebut tergantung elok pada dinding rumah banglo itu.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang