[ edited ] OO5

417 45 79
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ CUBA TENGOK cermin. Lawa tak?” soal Nur seraya menghalakan cermin ke arah Dayana.

Gadis itu terdiam. Tidak tahu ingin memberi reaksi bagaimana. Jujur, solekan pada wajahnya kelihatan cantik dan menarik. Walaupun tidaklah secantik Nur tetapi masih kelihat ringkas dan menawan.

“Cantik.” ikhlas Dayana menuturkan ayatnya.

“Kalau orangnya cantik, pakai apa pun cantik!” girang Nur memuji sahabatnya itu.

“Okay, jom pakai tudung!” Nur bersuara lagi.

Kini gadis itu berjalan ke arah papan seterika. Sehelai tudung berwarna dark blue itu diambil lalu dibawa ke arah katil.

Nur melipat bawal tersebut menjadi bentuk segi tiga sebelum dibawa ke atas kepala Dayana. Selang beberapa minit, Nur berjaya menggayakan bawal tersebut.

“Waktu akad nikah ni kau pakai warna biru. Nanti sanding waktu malam, warna grey pula.” ujar Nur.

Bahu Dayana ditepuk lembut. Dia agak berpuas hati dengan hasil tangannya. Gaya tudung gadis dihadapannya itu kelihatan kemas dan rapi.

“Cantiknya, Aya!” girang gadis itu bersuara. Tubuh Dayana didakap erat.

Sorry sebab tak boleh suruh mak andam make - up kau. Tak tahu pula ada charge tambahan.” tutur Nur kesal.

“Tak apalah. Jangan membazir. Kau make - up lagi lawa. Ringkas, tak tebal. Kalau mak andam, sekali kau tampar aku, jerebu satu KL ni.”

Gurauan Dayana itu berjaya membuat Nur kesal. Bahu si sahabat dipukul kasar. Ada sahaja idea si Dayana ini kalau mahu menyakat.

Nur menjarakkan diri mereka kembali. Senyuman lebar diukir buat sahabatnya itu, “Aku takutlah, Aya.”

“Kalau macam tu, tak payah kahwin. Kau batalkan aja majlis hari ni.”

“Aya!” bahu Dayana dipukul kasar. Geram dengan sikap selamba Dayana itu.

“Gurau ajalah. Aku nak turun dulu. Dua minit lepas tu, kau menyusul ya?”

Nur mengangguk faham. Dayana menolak sedikit tubuh Nur ke tepi supaya mudah untuk dia bangun.

Seterusnya, Dayana melangkah ke arah pintu bilik. Ditarik perlahan pintu bilik tersebut sebelum dia melangkah keluar.

Sebaik sahaja keluar daripada bilik Nur, bunyi riuh - rendah daripada ruang tamu kedengaran jelas. Entah kenapa dia pula yang terasa gugup.

Macam dia pula yang mahu kahwin hari ini.

“Kak Iman ada dekat dalam?”

Dayana tersentak. Wajah dua orang gadis yang cantik berbaju biru muda itu dipandangnya. Imani dan Amani.

“Nur ada dekat dalam. Dia suruh akak turun dulu. Nanti baru dia menyusul.” jawab Dayana.

“Okay! Kak Aya turunlah dulu. Nanti Imani dengan Amani iring kak Iman.”

Anyways, Kak Aya nampak cantik hari ni.” puji Amani ikhlas.

Dayana mengangguk. Sempat dia mengusap kepala kedua - dua adik kembar Nur itu sebelum dia melangkah turun.

“Amani dan Imani pun cantik juga. Macam tuan puteri.” puji Dayana. Seterusnya, langkahnya untuk menuruni anak tangga disambung.

Dayana gugup. Baru separuh jalan menuruni anak tangga, mata - mata yang berada di ruang tamu rumah itu sudah pun tertumpu padanya.

Alahai, tiba - tiba lemah lutut pula.

Anak matanya terus bertaut dengan anak mata milik Ziyad. Entah kenapa dalam ramai - ramai manusia yang memandang ke arahnya, matanya lebih memilih untuk bertembung dengan Ziyad.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang