[ edited ] O22

298 38 9
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  PINTU UTAMA rumah Puan Aida ditolak Ziyad. Kemudian, sepasang kasut berjenama Skechers itu dibuka lalu diletakkan pada tempat kasut.

Dia meneruskan langkah ke arah meja makan yang berada di dapur. Kerusi kosong ditarik lalu dilabuhkan punggungnya pada kerusi tersebut.

Keluhan kecil dilepas oleh Ziyad. Dia baru sahaja selesai menghantar Dayana pulang ke rumah sewa gadis itu. Namun katanya, malam ini dia perlu bekerja.

Sebenarnya, dia masih lagi tertanya - tanya mengapa Dayana beria - ria bekerja. Sedangkan uwan dan atuk gadis itu bukanlah orang susah. Bahkan orang yang berada kerana mempunyai ladang kelapa sawit dan tebu sendiri.

Harga sawit sekarang bukannya biasa - biasanya. Kemain masyuk lagi pengusaha kelapa sawit zaman sekarang.

Seketika, fikirannya melayang kembali sewaktu dia berada dikampung gadis itu. Malam dimana Encik Zahrin mengajak dirinya berbual.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SELEPAS SAHAJA bunyi derapan kaki Dayana hilang, Ziyad bingkas bangun. Dia berjalan melebih kawasan berbumbung. Seterusnya, kepala didongakkan ke atas.

Seperti malam sebelumnya, terdapat ribuan bintang yang bertaburan diatas sana. Rupanya tetap indah dan cantik.

Dia tidak akan pernah bosan melihat langit malam. Tambahan pula, apabila langit tersebut dihiasi bintang dan ditemani oleh bulan.

Sama seperti malam ini.

Laju sahaja tangannya menyeluk poket seluar. Telefon pintar dibawa keluar lalu dihalakan ke arah langit.

Snap!

Sekeping gambar berjaya ditangkap. Lelaki itu mengambil lagi beberapa keping gambar sebagai simpanannya.

Atau mungkin, dia akan hantar gambar - gambar itu kepada Dayana.

Senyuman kecil terukir pada bibir Ziyad. Sama sahaja kedua - duanya. Bintang dan Dayana. Sama - sama cantik dan bersinar.

Walaupun dalam keadaan yang gelap, dia masih cuba untuk bersinar dengan terang. Walaupun jika dibandingkan saiznya dengan bulan, saiz bintang lebih kecil. Namun bintang masih menarik jika berada diatas sana.

Suara seseorang berdehem menerjah telinga Ziyad. Namun suara itu bukanlah milik Dayana. Ianya lebih kepada suara garau.

Sontak Ziyad memusingkan tubuhnya. Susuk tubuh yang berada diberanda rumah itu pandang. Tidak lupa juga untuk mengukirkan senyuman dan menundukkan sedikit tubuhnya sebegai tanda hormat.

"Boleh kita berbual?"

Ziyad mengangguk, “Boleh.”

Telefon pintarnya dimasukan semula ke dalam poket seluar. Langkah diatur ke arah beranda rumah Puan Khalijah dan Encik Jalani.

Sebelum melangkah masuk, kasutnya ditanggalkan terlebih dahulu lalu disusun. Kemudian, barulah lelaki itu menapak masuk ke dalam rumah.

Meja makan yang berada ditengah - tengah beranda itu dijadikan tempat berbual kedua - dua lelaki itu. Motif meja itu berada di tengah - tengah beranda adalah untuk tetamu jika terlalu ramai yang datang bertandang.

Ziyad mengambil tempat kosong berhadapan dengan Encik Zahrin. Ayah kandung Dayana itu dipandang. Degupan jantungnya berubah tempo.

“Dah berapa lama Yad kenal dengan Dayana?” soal Encik Zahrin sebaik sahaja Ziyad melabuhkan punggungnya.

“Tak adalah lama sangat. Dalam sebulan dua macam tu. Kenal waktu majlis kahwin abang saya.” jawab Ziyad.

“Saya sebenarnya bukan nak cakap banyak pun dengan Yad. Saya cuma nak ucap terima kasih sebab berkawan dengan anak perempuan saya.” ucap lelaki itu ikhlas.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang