ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KERETA BERJENAMA Honda itu berhenti di hadapan sebuah rumah yang tidak pernah dilihat oleh Dayana sebelum ini.
Sedarinya, ketika memasuki ke dalam kawasan perumahan itu, terdapat sebuah pondok pengawal yang menjaga keluar masuk kenderaan dalam taman perumahan tersebut.
“Ni rumah siapa?” soal Dayana bingung.
Ziyad hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Namun terdapat goresan senyuman pada wajah lelaki itu. Senyuman penuh makna.
Dayana mendengus kecil. Ziyad pasti tahu itu rumah siapa. Cuma lelaki itu mahu berahsia dengannya. Macamlah dia tidak kenal akan perangai Ziyad itu.
Pintu kereta, Ziyad buka. Lelaki itu meminta Dayana tunggu di dalam kereta. Selesai membukakan pintu buat tuan puteri, Ziyad kembali menutup pintu keretanya.
“Pergilah tengok board tu tulis apa.” ujar Ziyad.
Dayana tidak membantah. Langkah diatur ke arah papan yang melekat elok pada dinding disebelah pagar. Sebaris ayat itu dibaca perlahan.
Spontan Dayana memusingkan tubuhnya menghadap Ziyad. Wajah si isteri jelas kelihatan seperti tidak percaya dan terkejut dalam waktu yang sama.
“Selamat ulang tahun, bintangku. Terima kasih kerana bertahan dengan saya sampai ke hari ini. Berjanjilah untuk selalu ada dengan saya untuk hari ini, esok dan selamanya.” ucap Ziyad. Senyuman lebar dikuntumkan buat Dayana.
“Jieee.” suara gadis itu meleret.
‘Dr. Dayana's’ merupakan perkataan yang tertera pada papan yang Ziyad pintanya baca sebentar tadi.
“Iyaa sayaa.” suara lelaki itu sama - sama meleret. Suka melihat reaksi isterinya itu.
“Tak perlulah sampai hadiahkan rumah pada saya. Kalau awak belikan benda yang simple pun saya dah cukup bersyukur dah.”
“Tak apalah. Lagipun kan saya dah cakap, saya nak beli landed house. Awak lupa ke?”
“Ingat tu...memanglah ingat. Tapi perlu ke letak atas nama saya?” soal Dayana.
“Yup! Biar perempuan lain tak berani nak ngorat saya. Kalau diorang ngorat saya... nanti saya cakaplah saya tak ada harta. Isteri saya aja yang ada harta.” selamba sahaja Ziyad berseloroh. Dia turut menghamburkan tawanya.
Kemudian, sang isteri ditarik ke dalam dakapannya.
“Terima kasih, Jie. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah.” ucap Dayana, ikhlas. Sungguh dia tidak menyangkakan perkara ini.
“Tak akan terima kasih aja? Kisses tak ada?” sakat Ziyad.
Kalau sebelum ini, Dayana sering mengelat untuk menunaikan permintaan Ziyad tetapi hari ini, dia menunaikan permintaan suaminya itu.
Dayana berjingkit sedikit. Pipi Ziyad dikucup ringkas. Kemudian, dia tertawa kecil, “Kiss je. Kisses tak boleh.”
Ziyad termangu. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Tiba - tiba sahaja bahang panas menerjah wajah tampan itu. Perlahan - lahan wajah Ziyad berubah merah.
Pinggang Dayana, Ziyad cubit lembut, “Oh, orang bagi rumah sebiji baru nak kiss ek?”
Dayana menghamburkan tawa. Sekali lagi hujung kakinya dijingkitkan. Kedua - dua belah tangannya diletakkan ke atas bahu Ziyad sebelum sebelah lagi pipi Ziyad dikucup lembut.
“Dua lebih daripada satu. So, dikira as kisses.” ujar Dayana. Lagi - lagi dia mengekehkan tawa.
Selama ini asyik dia sahaja yang kena sakat dengan Ziyad. Hari ini, biar dia pula yang menyakat suaminya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)