[ edited ] O29

321 42 16
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ MERONA WAJAH Dayana apabila melihat video yang sedang dimainkan pada layar telefon Ziyad itu.

Video dimana dia sedang menangis dalam dakapan Puan Aida semalam. Ya, sewaktu dia meluahkan rasa rindunya kepada Ziyad.

Ini mesti kerja Nur! Siaplah dia kalau Dayana dapat tangkap dia. Habis dia lunyaikan Nur itu nanti.

Ziyad kembali menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket baju melayu. Senyuman menyakat terukir pada wajah Ziyad.

"Alololo, kesian dia rindukan saya. Tak apalah, lepas ni setiap hari saya ada dengan awak. Bolehlah tenung puas - puas." sengaja Ziyad menyakat isterinya itu.

Laju sahaja Dayana memalingkan wajahnya. Urgh, mulalah itu Ziyad mahu menyakatnya. Nur pun satu hal. Kenapalah dia pergi rekod?

"Meh peluk meh. Dah halal, dah boleh peluk." sekali lagi Ziyad menyakat. Lelaki itu mendepakan tangannya.

Dayana mencebik. Bingkas dia bangun dari duduk. Malaslah mahu melayan Ziyad. Lebih baik dia turun ke lantai bawah dan berbual dengan orang ramai.

Belum sempat dia melangkah menjauhi Ziyad, lelaki itu terlebih dahulu menahan langkah Dayana. Tubuh kecil itu ditarik ke dalam dakapannya.

Dayana tidak menolak. Dibiarkan sahaja lengan kekar itu melingkar pada pinggangnya. Senyuman kecil terukir pada wajahnya.

"Saya tak sangka yang awak dah jadi isteri saya." gumam lelaki itu perlahan.

Dayana hanya diam. Dia tidak tahu ingin membalas apa pada lelaki itu. Semuanya terlalu janggal dan kekok baginya.

"Jie, boleh aku tanya sikit?" soal Dayana.

Ziyad hanya menggumam kecil. Memberi izin buat gadis itu bertanyakan soalan kepadanya. Dagunya direhatkan pada bahu Dayana.

"Ke mana kau pergi seminggu ni?" akhirnya, soalan itu berjaya diajukan.

"S─saya ada urusan sikit. Lagipun saya saja je nak kenakan awak. Nak tengok juga awak rindu tak dekat saya kalau saya hilang." ujar Ziyad. Lelaki itu menjauhkan wajahnya dari bahu Dayana.

Wajah si isteri yang berdiri dihadapannya itu dipandang. Senyuman kecil terukir padanya. Wajah cemberut Dayana dipandang.

Ziyad terkekeh lucu. Satu kucupan ringkas diberikan pada pipi Dayana. Spontan si gadis menolak tubuh Ziyad menjauh.

"Eee, gelilah." rungut Dayana. Tempat yang menjadi tempat mendarat bibir Ziyad tadinya sengaja dilap kasar.

Dayana protest. Gadis itu terus mengangkat kaki. Laju sahaja dia melarikan diri daripada Ziyad. Kakinya turut dihentakkan pada lantai.

Ziyad menggelengkan kepalanya beberapa kali. Lucu melihat Dayana bersikap seperti itu. Tak ubah seperti budak kecil yang tidak dapat gula - gula.ㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DAYANA MENCEBIK. Dia berjalan ke arah ruang tamu. Kelihatan rakan - rakannya yang baru sahaja tiba itu berada diruang tamu.

Kaki dihayunkan mendekati ruang tamu inap desa. Ruang kosong pada sofa disamping Irisy menjadi tempat berlabuhnya.

"Hai pengantin baru. Mana tudung? Dah terbang ke?" soal Iman, spontan.

Lagi - lagi Dayana mencebik. Sensitive betul soalan. Dia menjelirkan lidahnya ke arah Iman. Tidak mahu menjawab soalan Iman itu.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang