ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BONET KERETA ditutup oleh Ziyad selepas memasukkan semua barang. Kemudian, Ziyad kembali melangkah masuk ke dalam rumah Puan Dhalila dan Encik Zahrin.
Dayana yang bertudung shawl biru lembut itu dihampirinya. Dia berdiri di samping si isteri. Bahu Dayana sengaja dilaga lembut. Si isteri menoleh. Pandangan bingung diberikan.
“Yad dengan Aya balik dulu, ya? Nanti kalau ada masa, kita orang datang lagi.” ujar Ziyad bersama dengan senyuman.
Ziyad melangkah menghampiri Encik Zahrin. Tangan kanan lelaki paruh baya itu capai lalu dikucup kekura tangan bapa mertuanya itu.
Kemudian, dia beralih pada Puan Dhalila pula. Tangan ibu mertuanya itu diraih lalu disalami. Ziyad memusingkan tubuhnya. Dayana yang masih berdiri itu dipanggil supaya menghampirinya.
“Salam mama dengan papa, Aya.” tegur Ziyad lembut.
Dayana menurut. Tangan Encik Zahrin dicapai. Kekura tangan ayahnya itu dikucup ringkas sebelum beralih ke Puan Dhalila. Dia mencapai tangan Puan Dhalila.
Baru sahaja Dayana mahu mengucup kekura tangan si ibu, wanita itu terlebih dahulu menarik tangannya. Sontak Dayana mengangkat wajahnya.
“Mengadakan kau sekarang? Nak Ziyad suruh salam baru nak reti salam? Oh, lepas kahwin ni dah hilang hormat pada aku pula. Macam tu ke, Dayana Zhalifah?” sinis Puan Dhalila.
Dayana hanya mendiamkan diri. Langkahnya diundurkan beberapa tapak ke belakang. Wajah ditundukkan memandang jari - jemari kaki yang berbungkus stokin itu.
“Apa nak jadi dengan kau ni, Dayana? Apa sebenarnya yang kau nak? Aku suruh kau habiskan degree medical, kau sibuk nak kahwin. Kau tengok Rauha tu. Dah jadi pilot pun masih belum kahwin lagi. Kau yang belum lulus ni pula beria nak kahwin.”
Dayana berdecit perlahan. Mulalah wanita dihadapannya itu mahu membandingkannya. Sedangkan mereka bergaduh hanyalah kerana hal kecil sahaja.
Tetapi mengungkit macam kesalahan yang Dayana lakukan tersangatlah besar. Kalau boleh segala cerita mahu diungkit dan dibawa - bawa.
“Dhalila...” suara Encik Zahrin meleret. Lelaki itu menegur isterinya.
“Aku pun tak tahulah apa dosa aku sampai dikurniakan anak macam kau ni. Kan bagus kalau Rauha tu anak aku.” tambah Puan Dhalila. Wanita itu melipat tangannya ke bawah dada.
Dayana tersentak. Ayat yang baru sahaja meluncur keluar dari ulas bibir Puan Dhalila itu berjaya menyentak hatinya. Wajah Puan Dhalila ditatap.
“Bukan ke Rauha tu memang anak mama? Cara mama banggakan dia macam Rauha tu lahir dari rahim mama aja.” kutuk Dayana.
“Mama bandingkan kakak dengan Rauha tapi pernah tak kakak bandingkan mama dengan mummy Rauha? Cuba mama bandingkan cara mama layan kakak sebagai seorang anak dengan mummy Rauha layan Rauha sebagai seorang anak.
Mummy Rauha teman Rauha belajar setiap hari. Beri sokongan moral untuk Rauha. Bantu Rauha kalau Rauha tak faham sesuatu topik dan tak pernah marah mahupun tinggikan suara pada Rauha.” ujarnya lagi.
Dayana menyilangkan tangannya ke bawah dada. Nafas berat dilepaskan.
“Mama ada layan akak macam mummy Rauha layan Rauha? Mama selalu fikir kalau tak berkeras dengan anak, dia tak akan jadi orang. Mama tengok Rauha. Sikit pun mummy dengan daddy dia tak pernah bentak dia. Tapi dia berjaya, kan? Jadi orang, kan?” soal Dayana.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)