[ edited ] OO1

759 67 24
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ LAMBAT! DIA sudah lambat!

Macam mana dia boleh terlebih masa berada dikawasan Pusat Perubatan Universiti Malaya? Walhal dia sudah berjanji dengan Nur untuk datang ke malam merewang majlis kahwin rakannya itu.

Buk!

Sedang asik gadis itu berlari, tubuhnya berlaga dengan seseorang yang kebetulan lalu dikawasan lobi PPUM itu. Keseimbangan tubuhnya mulai goyah.

Skrek.

Lututnya bergeser dengan lantai mamar itu. Perih rasanya. Tanpa menoleh ke belakang, gadis itu kembali bangun lalu meneruskan lariannya.

Ah, lantaklah apa pun nak jadi! Yang dia tahu, dia sudah lambat sekarang ini.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DISEBELAH LAINNYA, seorang jejaka bertubuh tinggi lampai sedang berlari masuk ke dalam bangunan PPUM.

Dia perlu berjumpa dengan seseorang dengan kadar segera. Selepas itu, dia ada urusan lain yang perlu diuruskan pula.

Buk!

Tubuhnya berlaga dengan seseorang. Ziyad menggunakan kedua - dua belah tangannya bagi menahan tubuhnya daripada mencium lantai.

Paling penting sekali, dia perlu memastikan wajahnya tidak mencuim lantai.

Ziyad menoleh ke arah belakang. Belum sempat lelaki itu membuka mulut, gerangan yang dilanggarnya sebentar tadi sudah pun bangun dan melarikan diri.

Dia menggelengkan kepalanya sebelum bangun. Baju kemejanya dikibas beberapa kali bagi membersihkan debu yang melekat.

Lelaki bertubuh tinggi lampai itu menyambung semula langkahnya. Namun langkahnya mati apabila hujung kasutnya berlaga dengan sesuatu.

Spontan dia menunduk. Sebuah objek berbentuk segi empat tepat itu dipandang bingung. Seterusnya, objek tersebut diambil oleh Ziyad.

Dia menilik telefon pintar yang berada dalam pegangannya itu. Retak habis keadaan alat elektronik tersebut. Butang hidup, ditekan.

“Aduhai, tak menyala pula.” gumam Ziyad.

Berkali - kali butang hidup ditekan. Namun hasilnya tetap sama. Telefon pintar itu tetap tidak dapat dihidupkan.

“Ziyad Nufael!”

Spontan Ziyad mengangkat wajahnya. Susuk tubuh seseorang yang sedang berlari ke arahnya itu diamati. Telefon pintar yang dipegangnya tadi terus dimasukan ke dalam poket seluar.

“Kau termenung apa? Kau tahu tak berapa lama abang tunggu kau dalam pejabat?” bebel lelaki bertubuh sederhana tinggi itu.

“Ah, tadi Yad ada kerja dekat sekolah. Tiba - tiba pengetua suruh bawa balik semua kertas ujian. Katanya ada pembersihan bilik guru tapi entahlah.”

Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Ada sahaja alasan si Ziyad ini.

“Maaflah kalau Yad buat abang Haiqhaf tunggu lama.” ujar Ziyad lagi. Kali ini disertai dengan kekehan kecil dihujung ayat..

“Tak apalah, aku maafkan. Tapi ingat── esok belanja aku Apacaba Coffee.”

Ziyad mengangkat tangan kanannya lalu dibawa ke dahi. Seolah - olah memberi tabik hormat kepada Dean Haiqhaf.

“Baik, Sir!” ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
YA ALLAH, Aya! Lamanya kau menghilangkan dirii.”

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang