ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ TALI PINGGANG berjenis kulit itu hinggap pada tubuh kecil si anak perempuan. Raungan dan tangisan anak kecil itu dihiraukan sahaja oleh si bapa.
“Apa yang kau penat sangat dekat sekolah tu? Setakat pergi belajar apa yang penatnya? Aku ni lagi penatlah!” tempelak si ibu.
“Aku ni nak kena keluar cari duit. Bangun seawal 4 pagi sampai sekarang aku tak tidur pun! Aku tak mengadu penat pun? Padahal aku lagi tua daripada kaulah!
Kau balik rumah, tidur. Asal aku balik kerja aja kau tidur! Pemalas sangat ni kenapa, Dayana Zhalifah?” suara si ibu bergema ke seluruh rumah.
“Kau dengan makcik kau sama sajalah! Dua - dua tak berguna! Sudahlah muka pun hampir sama. Kau tahu? Aku benci tengok muka kau. Sama macam aku benci tengok muka makcik kau tu!”
Gadis itu hanya mampu menangis. Membiarkan si ibu melepaskan geramnya. Tiada daya untuk dia melawan mahupun membalas perlakuan si ibu. Dia terlalu kecil untuk semua itu.
Dia masih budak. Kecil dan tidak berdaya.
Si gadis menggumam kecil, “Sekolah tu penat, ma.”
“Penat, penat, penat! Kau tu bukannya kerja pun. Apa yang penatnya? Balik sekolah, kau rehat, senang - senang. Lepas tu kerja dalam rumah ni kau biarkan aja! Ingat rumah ni ada bibik ke?” lagi - lagi si ibu menempik.
“Cubalah kau tolong mama tu, kak. Fikir kau punya penat aja. Orang lain pun penat juga.” kini, si ayah pula bersuara.
Kali ini, tali pinggang tidak lagi menyentuh kulitnya. Dia mampu menghela nafas lega. Rasa pedih mula menjalar keseluruh badannya, sakit.
“Ma, angah dan adik ada. Dalam rumah ni, bukan kakak sorang aja anak mama dengan papa.” gumam gadis itu perlahan.
“Menjawab! Dah besar sangat ke diri tu sampai nak menjawab?” suara si ayah kedengaran kuat.
Lelaki itu kembali mengangkat tangannya── berura - ura mahu melibaskan tali pinggang itu kembali. Pandangan tajam itu menikam tepat pada wajah anaknya.
Mata dikatup rapat. Dia sudah pasrah jika benda panjang nan tebal itu hinggap kembali ke kulitnya. Setakat luka sikit, nanti sembuhlah itu. Macamlah dia tidak biasa dengan luka - luka seperti itu.
Namun entah kenapa ketika tali pinggang itu hampir hinggap pada tubuh Dayana, ada satu suara lain yang menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya.
Tubuhnya juga terasa seperti dipegang oleh seseorang. Dayana tersentak. Badannya kejung. Suara itu semakin kuat menyebut namanya.
“Aya, hei! Aya, bangun!”
Spontan kelopak matanya terbuka. Wajah Ziyad adalah perkara pertama yang menyapa pandangannya. Dia mengerlipkan matanya beberapa kali.
Keluhan kecil dilepaskan. Dia menukar posisinya kepada separa duduk. Kaki dilunjurkan. Ziyad masih lagi memegang kedua - dua belah bahunya. Wajah khawatir suaminya itu jelas kelihatan.
Wajah Dayana dipandang risau. Tangan kasar itu naik mengesat air mata si isteri, “Awak mimpi apa sampai menangis? Risau saya.”
Lembut sahaja Ziyad menuturkan ayatnya. Tubuh kecil itu dirangkul dari tepi. Kepala Dayana ditarik supaya bersandar pada bahunya. Bahu si isteri diusap lembut.
“Tak ada apa - apa.” tipu Dayana.
“Dah tu, kenapa sampai menangis?”
Dayana menggelengkan kepalanya, “Cuma cerita lama. Mungkin aku penat──”
Sekali lagi gadis itu menggelengkan kepalanya. Dia tidak sepatutnya mengaku penat dihadapan Ziyad. Dia langsung tiada hak untuk mengeluhkan perkataan itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fanfic★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)