ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ ABANG YAD!” gadis kecil itu melulu ke arah Ziyad. Tubuh kekar itu dirangkul erat.
“Hauraa, rindunya abang dekat awakk.” ucap Ziyad. Pipi gebu itu dikucup berkali - kali. Geram! Makin berisi aja budak kecil ini.
“Bila abang sampai?” soal gadis itu, petah.
“Pagi tadi. Abang lupa pula kau orang sekolah. Bosan tau abang tunggu awak semua balik.” ujar Ziyad kepada beberapa orang budak kecil dihadapannya itu.
“Kita orang tak suruh abang tunggu kita orang pun.” ujar seorang budak lelaki.
“Baik, Yousuf. Abang balik sekarang juga.” Ziyad beraba - aba mahu bangun.
“ish, Yousuf main - main aja. Abang ni... Tak boleh bawa gurau!” budak lelaki bernama Yousuf itu melangkah menghampiri Ziyad. Tubuh kekar itu dirangkulnya.
“Yousuf rindu abang Yad.” ucap Yousuf, ikhlas.
“Abang pun rindu Yousuf jugaa.” balas Ziyad. Rambut Yousuf diusap lembut.
“Abang rindu Yousuf dengan Haura je? Habis Baheera?” soal seorang lagi budak perempuan.
“Aah, tak akan Yousuf dengan Haura je? Abqng tak rindu Farhan ke?” soal seorang lagi anak lelaki.
Ziyad mengekehkan tawanya. Alahai, mengada betul adik - adiknya itu, “Semua abang Yad rindu. Kalau tak rindu, tak adanya abang nak balik rumah bonda. Ingat abang tak ada kerja ke?”
Tangan Ziyad depakan. Farhan dan Baheera berlari masuk ke dalam dakapan lelaki itu. Dipeluk kemas keempat - empat kanak - kanak itu.
Haih, nasiblah tangan panjang. Kalau tidak memang tak muatlah mahu dakap kesemuanya.
“Hesh, budak - budak ni. Pergi balik dorm sana. Mandi dulu. Awak tu sudahlah baru balik sekolah. Mandi dulu baru nak peluk abang Yad.” tegur Puan Madina dari belakang. Wanita itu bercekak pinggang.
“Alamak, bonda dah marah. Pergi balik mandi cepatttt.” ujar Ziyad.
Keempat - empat kanak - kanak itu tertawa riuh. Masing - masing mula membuka langkah menjauhi kediaman Madina. Hanya Yousuf seorang sahaja yang berhenti dihadapan bonda.
Anak lelaki itu melagutkan kepalanya, “Hehe, maaf bondaa.”
Yousuf kembali membuka langkah meninggalkan kediaman Madina itu. Masih kedengaran jelas bunyi kekehan tawa anak lelaki itu.
Wanita paruh baya itu menggelengkan kepalanya. Sentiasa ada sahaja perangai budak - budak itu. Tiada hari tanpa perangai yang aneh - aneh.
“Ha, Yad. Sampai bila nak melongo dekat beranda tu? Masuklah dalam. Nanti boleh makan sama - sama.” ujar bonda.
Ziyad terkekeh perlahan. Lelaki bertubuh tinggi itu turut bangun. Tengkuknya diusap lembut, “Mana Aya, bonda?”
“Ada tu... dekat atas. Katanya nak siapkan assignment. Pergilah naik, ajak Aya makan sekali.” titah wanita itu.
Ziyad mengangguk. Laju sahaja lelaki itu melangkah masuk ke dalam rumah. Langkah diatur ke arah tangga. Dengan tertib, dia melangkah.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
TOMBOL PINTU dipulas oleh Ziyad. Kemudian, daun pintu ditolak oleh Ziyad. Senyuman kecil terukir pada wajah Ziyad. Gadis yang sedang duduk bersila dihadapan katil itu dihampirinya.
“Buat apa tu?” soal Ziyad. Dia mengambil tempat kosong disamping Dayana. Laptop yang berada dihadapan gadis itu dipandang.
“Goreng nasi. Sedap tak bau dia?” sarkastik Dayana. Mata gadis itu langsung tidak lepas dari memandang layar laptop.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)