[ edited ] O12

321 44 18
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  KELUHAN KECIL terbit daripada bibir lelaki itu. Pintu kedai ditolak lalu dia melangkah keluar daripada kedai tersebut.

Telefon pintar yang berada di dalam poket dikeluarkan. Nombor Dayana dicari lalu di dail.

“Ya?”

Ziyad mengukir senyuman kecil apabila talian berjaya disambungkan. Belum sampai seminit pun Ziyad menunggu.

“Awak dekat mana?” soal Ziyad. Walaupun dia tahu Dayana sudah pun selamat sampai ke Negeri Sembilan.

Itu pun hasil dia mengorek rahsia daripada rakan sekerja Dayana. Kalau tak memang dia tidak tahu. Dayana pun belum tentu mahu beritahunya.

“Kampung. Kenapa?” datar sahaja gadis itu menjawab. Malas barangkali.

Send saya alamat.”

“Kau dah kenapa nak alamat rumah uwan pula? Kalau ya pun rindu, tunggulah lagi dua minggu.” selamba sahaja Dayana menuturkan ayatnya. Dia juga berniat mahu menyakat Ziyad.

“Dua minggu itu lama, bintang.” kali ini nada suara Ziyad memberat. Keluhan kecil juga turut dilepaskan.

“Check WhatsApp.” tutur Dayana sebelum gadis itu menamatkan panggilan telefon.

Seraya dengan itu, Ziyad terus membuka aplikasi berwarna hijau itu. Satu pesan daripada Dayana masuk.

Senyuman kecil terukir pada wajah lelaki itu. Dayana benar - benar menghantar alamat rumah uwannya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TELEFON PINTAR pemberian Ziyad itu dilemparkan ke atas katil. Tempo jantungnya mula berantakan. Tangannya naik menyentuh dada kiri.

Bahkan wajahnya turut membahang sama.

“Kau dah kenapa nak alamat rumah uwan pula? Kalau ya pun rindu, tunggulah lagi dua minggu.”

“Dua minggu itu lama, bintang.”

Terus rambut pendeknya itu diserabaikan. Niatnya mahu menyakat Ziyad tetapi nampak gayanya seperti dia masuk ke dalam serkap sendiri sahaja.

Ah, malu!

He called me, bintang? Did he just called me, bintang? getus hati Dayana.

Cepat - cepat gadis itu membuang segala bayangan yang berkait rapat dengan Ziyad. Sungguh hanya Allah sahaja tahu betapa malunya dia.

Sesekali, layar telefon dikerling. Manalah tahu pesan daripada Ziyad tiba - tiba muncul pula.

Dayana menggelengkan kepalanya. Tak akanlah dia sudah mula menaruh hati pada lelaki yang baru sahaja dia kenal itu?

“Ah, tak akanlah dia mahu ke Jelebu? Ini pun dah nak pukul 10 malam.” monolog Dayana.

Lagipun, dia sengaja sahaja menghantar alamat rumah uwan. Dia tahu, mustahil untuk Ziyad datang ke sini. Tambahan pula hari sudah lewat dan jalan ke Jelebu bukannya ada lampu jalan.

Pintu bilik dibuka lalu dia melangkah keluar. Kaki diatur laju ke arah dapur.

Uwan, kakak malu!
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
SATU SIMPANG yang berada di sebelah kanan diambil oleh Ziyad. Lelaki itu mengeluh kecil.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang