[ edited ] OO7

394 46 15
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ MAHU TAK mahu, Dayana terpaksa duduk semeja dengan Ziyad. Dia tiada pilihan lain lagi. Kalau bukan dengan Ziyad, dia mahu duduk dengan siapa?

Nur sudah tentu duduk dekat meja adat bersama dengan Aidan. Ibu pun sudah pasti duduk di sana juga. Imani dan Amani pula sudah hilang entah ke mana.

Tak akan dia mahu duduk sendirian?

“Awak tak nak makan ke?” soal Ziyad. Lelaki itu meletakkan secawan air di hadapan Dayana.

Spontan gadis itu menoleh ke arah Ziyad. Kepalanya didongakkan bagi melihat wajah lelaki itu. Sukar untuk dia bertentang mata dengan Ziyad kerana tubuhnya yang terlalu tinggi.

Dayana menggelengkan kepalanya, “Tak mahu.”

“Okaylah kalau macam tu.”

Ziyad menarik kerusi kosong yang berada disamping Dayana. Seterusnya, lelaki itu melabuhkan punggungnya disitu.

“Kau tak makan?” kini, giliran Dayana pula menyoal.

“Tak.”

“Kenapa pula?” soal gadis itu lagi.

“Sebab awak tak makan.”

Pandangan bingung diberikan kepada Ziyad. Jawapan lelaki itu seperti tiada kena mengena dengan soalannya.

“Gurau ajalah. Saya masih kenyang lagi. Kejap lagi kot saya makan.” ujarnya. Sengihan kecil ditayangkan kepada Dayana.

Gadis itu mengangguk kecil. Pandangannya dialihkan ke arah orang ramai. Dia tidak tahu mahu berbual apa dengan Ziyad.

Ziyad juga sama seperti Dayana. Dia juga sudah tiada topik untuk berbual dengan gadis itu. Namun dirinya masih lagi mahu berbual dengan Dayana.

Seketika, dia teringat akan sesuatu. Poket seluar diseluk lalu telefon pintar dikeluarkan. Telefon pintar kepunyaan gerangan yang dilanggar oleh Ziyad semalam.

“Aya... Ni awak punya ke?” soal Ziyad seraya menyuakan telefon pintar tersebut kepada Dayana.

Gadis itu menoleh. Objek berbentuk segi empat tepat itu diperhatikan oleh Dayana. Terus telefon pintar itu diambil daripada tangan kekar Ziyad.

“Mana kau jumpa?” soal Dayana.

“Awak ingat tak lelaki yang awak langgar dekat lobi PPUM semalam?”

Sontak mata gadis itu membulat. Kejap. Tak akan lelaki yang dilanggarnya semalam ialah Ziyad?

“K─kau ke?”

Ziyad mengangguk. Senyuman terukir pada wajah jejaka tampan itu, “Iya, sayalah orang tu.”

“Terima kasih. Aku fikir telefon ni dah hilang entah ke mana.” ucap gadis itu, ikhlas. Tidak lupa juga untuk menayangkan senyuman buat Ziyad.

“Sama - sama.”

Sukanya hati apabila telefon pemberian ibu kandungnya itu dijumpai semula. Walaupun tidak mahal mana, dia masih lagi tahu cara untuk menghargai pemberian ibunya itu.

Button on ditekan. Namun skrin telefonnya langsung tidak menyala. Berkali - kali gadis itu cuba untuk  menghidupan telefon pintar itu. Namun tidak berjaya.

“Saya belum ada masa lagi nak hantar telefon tu ke kedai. Jadi buat masa ini awak ambilah dulu benda ini.” ujar Ziyad. Satu lagi objek berbentuk segi empat tepat itu dihulurkan kepada Dayana.

Dayana tidak menyambut huluran Ziyad. Dia hanya memandang kosong ke arah objek tersebut. Barang yang dihulur itu dan wajah Ziyad dipandang silih ganti.

“Ambilah. Anggap je sebagai tanda minta maaf sebab saya... telefon awak rosak.” ujar Ziyad lagi.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang