[ edited ] OO2

503 54 21
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KERETA BERJENAMA Honda Civic itu diletakkan bersebelahan dengan sebuah motor berkuasa tinggi entah milik sesiapa.

Ziyad membuka pintu bahagian pemandu. Dia melangkah keluar daripada kereta tersebut. Lama motor berjenama Honda Cbr15 itu dipandangnya.

Macam pernah nampak tapi dekat mana ya? detik hati Ziyad.

Lelaki itu mencebik. Bahunya turut dijungkitkan sebagai tanda, 'lantaklah'. Langkah diorak berjalan masuk ke dalam kawasan perumahan.

Sepasang kasut Sneakers ditanggalkan lalu diletakkan bersebelahan dengan kasut berjama Converse yang sudah sedia tersusun pada rak kasut itu. Dengan memberi salam perlahan, Ziyad melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu.

Senyumannya terus mekar apabila susuk Puan Aida kelihatan. Laju sahaja kaki melangkah ke arah wanita paruh baya itu.

Ziyad menepuk lembut bahu si ibu sebelum mengambil tempat bersebelahan dengan ibunya. Tangan dihulurkan lalu disambut oleh Puan Aida.

"Lambat sampai, Yad? Jammed ke?" soal Puan Aida.

"Tak adalah, umi. Tadi Yad ke PPUM. Abang Haiqhaf ada kirim barang untuk abang Aidan. Katanya tak dapat datang merewang malam ni." jelas Ziyad.

"Dari PPUM juga kamu? Si Aya tadi pun daripada PPUM juga. Ada apa dekat sana?" sampuk Puan Iftah.

"Tak ada apa - apa pun, makcik. Tadi kebetulan satu jalan dari sekolah menengah. Jadi abang Haiqhaf mintalah Yad pass hadiah ke Abang Aidan."

"Oh, faham. Ha, Yad! Pergilah berehat dulu. Nanti makcik suruh Nur sediakan bilik──"

"Eh, tak apalah, makcik. Saya datang sini pun sebab nak tolong. Nanti - nanti ajalah makcik suruh anak makcik sediakan bilik untuk saya." tolak Ziyad.

Segan pula apabila keluarga bakal menantu abangnya itu bersikap sedemikian. Dia mahu datang membantu dan bukannya datang berehat.

Kalau macam itu, baik dia berehat dekat rumah sahaja.

"Tak apalah kalau begitu. Meh, makcik tunjukan bilik tetamu. Tapi nanti kamu tidur dengan umi, Aidan dan abah kamulah ya?"

"Tak apa, makcik. Tak ada masalah pun. Dapat tidur pun saya dah bersyukur." lagi - lagi Ziyad berasa segan.

Puan Iftah terkekeh perlahan. Dia meminta diri terlebih dahulu sebelum membawa Ziyad menjenguk bilik tetamu.

Bilik tetamu berada di dapur. Tidaklah terlalu jauh daripada ruang tamu. Di dalamnya juga sudah tersedia bilik air. Tak perlulah susah - susah mandi luar.

"Yad letaklah barang - barang dulu. Nanti dah selesai, bolehlah berehat." pelawa Puan Iftah.

Ziyad mengangguk kecil. Selepas sahaja Puan Iftah melangkah meninggalkan dia berseorangan di situ, Ziyad terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Seterusnya pintu bilik dikatup rapat.

Beg sandang dan dua buah beg kertas disandarkan pada tepi dinding. Kemudian, Ziyad duduk bersila bersebelahan dengan barang - barangnya itu.

Telefon pintar yang berada dalam poketnya dikeluarkan. Melihat tiada apa - apa pesanan masuk, Ziyad kembali menyimpan telefon pintarnya.

Kemudian, poket sebelah lagi diraba. Sebuah lagi telefon pintar dibawa keluar daripada poketnya itu.

Telefon pintar si pelaku langgar lari di PPUM beberapa jam lepas.

Ziyad tersenyum kecil. Entah telefon pintar siapalah yang dia pegang itu. Pasti tuannya sedang sibuk mencari telefon tersebut.

Esok sahajalah dia pulangkan telefon ini pada pihak Universiti Malaya semula. Dia mahu menghantar telefon ini ke kedai terlebih dahulu supaya sistemnya dapat dibetulkan.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang