[ edited ] O38

294 39 8
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SIULAN KECIL terbit dari ulas bibir si gadis. Dia mengulum senyuman kecil. Bintang - bintang yang bertaburan dilangit itu dipandang teruja.

Bintang akan sentiasa menjadi kegemarannya. Biarlah tahun berlalu, perasaannya terhadap bintang akan tetap sama. Bintang tetap sama dan tidak berubah.

Angin sepoi - sepoi bahasa yang menyapa wajahnya itu dibiarkan sahaja. Cuaca pada malam itu sedikit sebanyak mengingatkannya tentang kisah terdahulu.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SENYUMAN LEBAR terukir pada wajah gadis itu. Sehelai kertas digenggam erat olehnya. Sungguh dia tidak sabar untuk pulang ke rumah.

Dia berjaya mendapatkan tempat pertama di dalam kelas. Sama seperti permintaan mama kepadanya. Si ibu mahukan gadis itu mendapatkan tempat pertama dalam peperiksaan.

Dia tidak sabar mahu tunjukan kertas keputusan itu kepada mama dan papa. Pasti mama dan papa bangga dengan pencapaiannya. Fikirnya.

Langkah diatur ke arah tempat menunggu van sekolah. Biasanya dia akan pulang dua jam lewat selepas tamat waktu persekolahannya.

Kenapa?

Van sekolah yang diupah untuk menjemputnya setiap kali pulang ke sekolah mempunyai jadual waktu tersendiri. Oleh kerana Dayana murid kelas aliran agama, dia perlu pulang sedikit lewat daripada pelajar kelas aliran perdana.

Waktu bagi van sekolahnya hanya ada ketika pelajar aliran perdana pulang. Sudah tentu gadis itu sentiasa tertinggal van sekolah.

Jadi, dia perlu menunggu waktu seterusnya iaitu bersama dengan pelajar kelas agama petang, sekolah rendah. Itu pun dua jam selepas tamat waktu persekolahannya.

Begitulah rutinnya setiap hari. Biarpun hari panas mahupun hujan, dia tetap akan setia menunggu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

PAP! WAJAH pulas Dayana menyapa sesuatu. Spontan gadis itu membuka kelopak matanya. wajah berang Puan Dhalila menyapa pandangan matanya.

Pantas gadis itu menukar posisinya kepada duduk. Matanya digosok beberapa kali. Wajahnya terasa perih. Sesekali membahang akibat ditampar sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apa.

"Asal aku balik rumah aja, kau tidur. Aku balik aja, kau membuta! Apa yang penat sangat dekat sekolah tu?" soal Puan Dhalila. Nada suara wanita itu lebih kepada marah.

"Akak penatlah, mama." gumam gadis itu.

"Penat, penat, penat! Kau fikir aku balik kerja ni tak penat ke? Kau tu pergi sekolah je pun. Belajar. Lainlah aku ni! Kena keluar cari duit. Tolong papa kau yang sengkek tu!" bentak si ibu. Dahi Dayana ditunjal kasar.

"Kau fikir aku tak penat ke? Bangun awal pagi, keluar cari rezeki. Sedangkan isteri orang lain, duduk rumah. Suami dia yang pergi cari duit. Kau tu patut bersyukur aku ni tolong bapak kau tu.

Kalau aku ni tak kerja, kau fikir dengan gaji ciput bapak kau tu, korang boleh hidup mewah macam ni ke?!" suara Puan Dhalila meninggi.

Terhincut sedikit bahu Dayana akibat tempikan Puan Dhalila itu. Sudahlah Puan Dhalila berdiri tempat dihadapan wajahnya.

“Ma... tak baik cakap papa macam tu. Papa dah cuba kerja untuk kita sekeluarga──”

“Menangkanlah papa kau tu! Kalau nanti aku bercerai dengan dia... kau pergi duduk dengan dia! Jangan ikut aku.”

“Ma... stop it.” rayu Dayana. Dia penat mahu terus - menerus berbalah.

"Aku fikir... kalau aku balik rumah, rumah ni berkemaslah. Ini tidak. Sama aja!" Puan Dhalila mencuba membawa isu lain.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang