[ edited ] O3O

330 42 5
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ZIYAD MELANGKAH masuk ke dalam bilik bersama dengan tali leher dibahunya. Dayana yang berdiri dihadapan cermin itu dihampirinya.

Tubuh kecil itu dipeluk dari belakang. Wajahnya turut disembamkan pada ceruk leher Dayana. Kedengaran keluhan kecil terbit dari ulas bibir si gadis.

“Jie, aku nak pakai tudung ni.” ucap Dayana. Lengan kekar yang melingkar pada tubuhnya itu dicubit.

Selang seminit, Ziyad kembali menjarakkan diri mereka. Tali leher yang tergantung pada bahunya itu diambil lalu dihulurkan kepada Dayana. Sengihan kecil terukir pada wajahnya.

“Tolong ikatkan tali leher saya boleh?” pinta Ziyad bersama dengan sengihan.

Dayana menggelengkan kepalanya, “Sangkut dulu dekat leher kau.”

Ziyad tidak membantah. Laju dia menyangkutkan tali leher tersebut pada batang lehernya. Usai, dia mengangkat kembali wajahnya.

Dayana menggumam kecil. Kedua - dua hujung tali leher yang terjuntai itu dipegangnya. Namun pergerakannya mati disitu.

Dia lupa bagaimana mahu mengikat tali leher. Kali terakhir dia mengenakan tali leher adalah waktu sekolah menengah dahulu. Ketika itu dia menyandang jawatan sebagai badan wakil pelajar.

“Bintang?” tegur Ziyad.

“Aku tak reti ikat tali leher. Waktu sekolah dulu, kawan aku yang tolong ikatkan.” jujur gadis itu.

Ziyad terkekeh kecil. Kedua - dua belah tangan Dayana dipegang. Dia menggerakkan tangan kecil itu sesuai mengikut tertib mengikat tali leher.

Selesai mengikat tali leher, dia melepas tangan si isteri. Senyuman kecil terukir pada wajahnya. Baru nak mengada dengan isteri.

“Nanti saya ajar lagi. Saya baru nak mengada dengan isteri sendiri tapi tak sangka pula dia tak reti ikat tali leher.” kelutuk Ziyad.

Dayana mencebik. Ziyad pasti sengaja mahu menyakatnya lagi dan lagi. Tanpa menghiraukan Ziyad, dia kembali melilit tudung.

Ziyad berlalu ke arah katil. Dia mengambil keputusan untuk duduk sebentar. Setiap gerak - geri si isteri diperhatikan olehnya.

“Saya suka tengok awak pakai tudung. Nampak cantik dan manis.” ujar Ziyad perlahan. Sebenarnya, dia takut juga jika gadis itu bakal tersinggung dengan pujiannya.

Dayana hanya menggumam perlahan. Selesai memakai tudung, dia terus berlalu ke arah pintu bilik. Daun pintu ditarik olehnya.

Dia melangkah keluar daripada bilik. Sedikit pun si gadis tidak menoleh ke arah Ziyad sebelum meneruskan langkahnya. Pintu bilik dikatup oleh Dayana.

Ziyad mengeluh perlahan. Dia ada tersalah cakap ke tadi?

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

OKAY, CUBA rapat sikit.” laung jurukamera daripada bawah.

Dayana mula menapak satu langkah bagi merapati Ziyad. Namun lelaki itu lebih cepat merangkul pinggangnya. Ditarik merapat tubuh kecil itu agar mendekati tubuhnya.

Membulat mata Dayana apabila tubuhnya berlaga dengan tubuh Ziyad. Tempo jantungnya juga berubah serta - merta.

“Cuba pengantin perempuan rangkul pinggang encik suami.” pinta jurukamera itu.

Spontan Dayana menggelengkan kepalanya. Kurang setuju dengan cadangan jurukamera itu. Bukannya apa, dia malu.

“Tak apalah, bukannya berdosa pun.” bisik Ziyad.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang