[ edited ] O32

331 41 30
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  KUNCI MOTOR yang tergantung elok pada tempat khas kunci itu diambil. Belum sempat tombol pintu dipulas, suara Ziyad terlebih dahulu menerjah telinga.

Dayana memusingkan tubuhnya. Lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya itu dipandang. Sebelah keningnya dijungkit sebagai tanda, ‘Apa dia?’

“Nak ke mana?” soal Ziyad.

“Kerja.”

“Tak payah. Lepas ni awak berhenti aja kerja.” tegas Ziyad. Pergelangan tangan Dayana ditarik supaya mengikuti langkahnya.

tubuh kecil itu ditolak lembut ke arah sofa. Kemudian, ruang kosong yang berada disamping Dayana menjadi tempat lelaki itu berlabuh.

“Kalau awak nak apa - apa atau ada kehendak, beritahu saya. Saya boleh belikan atau tunaikan. Tak payahlah buat kerja sambilan lagi.”

Dayana menggumam perlahan. Sebenarnya dia segan mahu meminta pada Ziyad. Tak kisahlah suami ke keluarga ke, dia tetap segan mahu meminta.

“Aku tak nak susahkan kau. Aku boleh belanja sendiri.”

“Bintang....” kedua - dua belah bahu Dayana dipegang lembut oleh Ziyad. Tubuh si isteri dipusingkan supaya menghadap kearahnya. Pandangan redup diberikan kepada si isteri.

“Berhenti berlagak yang awak boleh buat semua benda sendiri. Mungkin dulu mama dengan papa tuntut awak untuk jadi sempurna sehinggakan awak perlu nampak serba boleh dihadapan semua orang.

Tapi bintang... Sekarang awak ada dengan saya. Stop pretending dan berlagak kuat bila berada dekat dengan saya. Be yourself. Bergantunglah pada saya, mengadu, bercerita dan bergurau senda dengan saya.

Saya suka bila awak bersikap manja dan mengada bila dengan saya. That's mean awak selesa berada disekitar saya.” ucap Ziyad panjang lebar.

Wajah Dayana yang berada dihadapannya ditatap terus. Tiada sebarang reaksi daripada wajah gadis itu. Seketika kemudian, Dayana melagutkan wajahnya.

Dia memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Ziyad, “Aku perlukan sikit masa untuk selesa bercerita. Aku──”

Dayana jeda. Kepalanya ditundukkan. Entah kenapa ayat yang ingin diungkapkan seterusnya terasa berat. Dia mengeluh kasar. Kemudian, menggumam kecil.ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
“Dia pernah cakap tak yang dia suka awak juga?” soal Nuha.

Dayana menggelengkan kepalanya. Spontan, sepasang mata kecil itu membulat. Dia faham akan makna disebalik ayat Nuha itu.

“Dia── tak akanlah...”

“Sekarang awak fahamkan maksud saya? Dia tak pernah sukakan awak. Sebab tu dia tak pernah ungkapkan perasaan dia pada awak. Dia cuma cemburu tengok kawan - kawan dia ada girlfriend sedangkan dia single dan sendu.” jelas Nuha. Sedikit pun tiada rasa bersalah pada wajah gadis cantik itu ketika menuturkan ayatnya.

“Dan sebab tu juga dia tak suka dengarkan awak. Saya tahu awak ada banyak cerita yang mahu diceritakan kepada Ezham, kan? Tapi dia tak mahu dengar, kan?”

Dayana hanya diam. Walaupun dari mula dia sudah boleh mengagak semua ini bakal berlaku tetapi dia tidak menyangka semuanya bakal berlaku secepat ini.

“Dia ada mengadu pada saya tentang penampilan awak. Awak berisi dan tak secerah Juhaina. Katanya, tak secantik itu.” tambah Nuha lagi.

Lagi - lagi hatinya terasa seperti dicarik - carik. Sakit mendengarkan semua kebenaran yang keluar daripada ulas bibir Nuha itu. Rasa dikhianati.ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
“Bintang? Hei, kenapa ni?” soal Ziyad. Serentak dengan itu, lamunan Dayana mati.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang