[ edited ] O51

263 39 4
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ   WAJAH DISEMBAMKAN ke atas meja. Kepalanya digelengkan ke kiri dan ke kanan berulang kali. Penatnya, ya Allah.

“Kalau penat, rehatlah. Jangan paksa diri tu sangat.” tegur Ziyad. Kerusi kosong disamping Dayana ditarik. Punggung dilabuhkan di situ.

“Mana boleh. Tak lama lagi nak exam akhir semester.”

“Sekarang dah pukul 1 pagi, Aya. Tidurlah dulu. Esok boleh sambung.” pujuk Ziyad. Tangan lelaki itu naik mengelus belakang tubuh Dayana.

“Kalau awak ngantuk... pergilah tidur dulu. Kejap lagi saya masuk bilik.” ujar Dayana.

Ziyad mengeluh kecil. Laptop yang berada di hadapan Dayana dikatup. Sama juga dengan tablet milik si isteri. Laju sahaja Ziyad matikan.

Buku - buku yang berada di atas meja makan turut dikemas. Kemudian, Ziyad menyusun buku - buku tersebut dengan rapi lalu ditolak ke tengah meja.

Si isteri tercengang. Hampir sahaja jatuh rahang Dayana dengan tindakan tiba - tiba Ziyad itu. Wajah dikalihkan kearah Ziyad.

“Masuk tidur, bintang. Esok boleh sambung lagi. Bukannya awak ada kuliah pun esok.” tegas Ziyad.

Mahu tak mahu, Dayana terpaksa menghentikan sesi mengulangkajinya pada malam itu. Ziyad nampak jauh menakutkan apabila tegas.

Dayana melangkah turun daripada kerusi. Kerusi tersebut ditolak masuk ke dalam meja sebelum dia berlari anak ke arah bilik tidur mereka.

Daun pintu dibuka lalu dikatup rapat sebelum Ziyad sempat melangkah masuk ke dalam bilik. Dia nak merajuk dengan Ziyad!

Klak.

Bunyi pintu dibuka lalu dikatup semula oleh Ziyad. Bunyi derapan kaki Ziyad turut kedengaran. Ruang kosong disebelahnya terasa mendap.

Kemudian, tangan kekar Ziyad melingkar kemas pada pinggang Dayana, “Tak baik tidur membelakangi suami, Aya.”

Dayana diam. Dalam keterpaksaan, Dayana memusingkan tubuhnya. Matanya sengaja dipejam rapat agar tidak bertentang mata dengan Ziyad.

“Saya bukannya tak mahu awak berjaya, bintang. Bahkan saya orang paling bangga kalau awak berjaya nanti. Cuma saya tak nak bintang saya ni sakit. Awak belajar tak tengok masa. Janganlah paksa diri tu.” ujar Ziyad.

“Lepas ni saya tetapkan had untuk awak. No more study until tengah malam. Kalau awak nak study, bangunlah waktu tiga perempat pagi.” tegas Ziyad.

Dayana menggumam kecil. Entah mahu bersetuju dengan Ziyad ataupun tidak. Atau mungkin dia tahu dia akan mengingkari arahan lelaki itu.

Ziyad mengeluh, “Jangan sampai sakit, bintang. Saya tak suka.”

Lagi - lagi Dayana menggumam kecil. Bibir Ziyad mendarat pada ubun - ubunnya. Kucupan ringkas diterima oleh Dayana.

Seketika, kelopak matanya dibuka. wajah dilagutkan bagi menatap wajah Ziyad, “Esok pagi papa ajak balik rumah dia. Tidur situ untuk satu malam.”

“Awak nak balik rumah mama ke?” soal Ziyad. Dayana menjungkitkan bahunya. Dia juga tidak pasti dengan jawapan bagi soalan Ziyad itu.

“Tapi awak tak pernah pergi rumah mama, kan? Tak ada niat nak usha rumah mama dengan papa ke?” soal Dayana.

“Boleh juga. Kalau awak selesa nak jumpa mama dan papa, saya okay aja. Saya takut mama berkasar dengan awak lagi.” ujar Ziyad.

As long as I am with you, I am safe.” tutur Dayana. Perlahan tetapi masih lagi boleh didengari oleh Ziyad.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang