[ edited ] O14

329 37 21
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ‘JAMAL’ DILETAKKAN pada kepala katil. Dia sudah pun selesai mengemas katil. Jam yang tersangkut pada dinding bilik Paklang dikerling.

Pukul 7 pagi.

Kemudian, gadis itu kembali menoleh ke arah Jamal. Terus wajahnya menghangat apabila mengenangkan peristiwa semalam.

Wajah cemberut dipasang. Pintu bilik terus dikatup kasar. Seterusnya, Dayana merebahkan dirinya di atas katil.

Habis Jamal dia!

Patung beruang itu dipeluk erat. Wajahnya turut disembamkan pada patung beruang itu. Aroma yang menguar pada patung itu dibau.

Bau ini sama seperti bau yang ada pada tubuh Ziyad. Baunya tidaklah terlalu kuat dan tengit. Bau lelaki itu lebih kepada manly vibes.

Wanginya. detik Dayana. Jujur, dia suka akan bau yang melekat pada Jamalnya itu.

Nampaknya, lepas ini dah tak perlu lagi hantar patung beruangnya itu ke dobi. Nanti hilanglah bau minyak wangi mahal Ziyad itu.

Dalam diam, gadis itu mengukir senyum.

Ting!

Ada pesan yang masuk dari telefon pintarnya. Laju tangan Dayana mencapai telefon pintar tersebut. Layar telefon pintar ditenung.

Semakin lebar senyuman yang terukir. Macam tahu - tahu aja dia sedang memikir lelaki itu. Pesan yang dikirim oleh Ziyad itu dibuka.

Jie :

Jangan angau pula bila
peluk ‘Jamal’ itu nanti.

You :

Siapa cakap?

Perasan.

Jie :

Iyalah tu.

Entah - entah awak tengah
puji - puji saya.

Tahulah saya wangi.

Dayana membuat muka. Pesanan yang dikirim oleh Ziyad itu berjaya memberikan kesan padanya. Yakinnya seorang Ziyad Nufael.

You :

Euw, Ziyad.

Mana kau beli confident?

Tidak sampai sesaat, dua tanda tik yang berada dihujung ayat itu bertukar biru.

Jie :

Shopee!

Anyway, selamat malam,
bintang.

Buat masa ini peluklah dulu
Jamal itu.

Mana tahu nanti saya pula
yang awak peluk.

Gurau. Tidur dulu!

Dayana mengukir senyum. Namun pesan Ziyad itu dibiarkan begitu sahaja. Malas mahu melayan perangai gatal Ziyad itu.

Telefon pintarnya kembali diletakkan pada kepala katil. Senyuman masih lagi tidak lekang daripada bibir.

“Selamat malam juga, Ziyad.” tutur gadis itu.

Dayana menggelengkan kepalanya beberapa kali. Sungguh dia sudah gila. Perbualan mereka malam tadi itu bermain difikirannya.

Pelbagai cara sudah dia lakukan bagi menolak perasaan ini. Namun, kenapa tidak berhasil? Dia tidak boleh jatuh hati pada Ziyad secepat ini. Dia perlu melihat sejauh mana lagi lelaki itu boleh mengejarnya.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang