ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KUNCI MOTOR dikeluarkan daripada dalam beg. Langkah besar diambil oleh Dayana menuju ke arah sebuah Honda Cbr15.
Dia baru sahaja selesai berbincang dengan keluarga Hazael perihal Irisy dan lelaki itu. Dan perkara itu menambahkan lagi pusing kepalanya!
iPhone 7 plus pemberian Ziyad itu dikeluarkan. Aplikasi kontak dibuka lalu nombor telefon milik Dianah dicari. Nombor tersebut ditekan.
"Kau dekat mana?" tak ada muqhadimah tak ada apa, Dayana terus sahaja bertanya pada peran yang berada disebelah sana.
"Baru habis kerja. Kenapa? Salam tak ada, hai pun tak ada. Main terobos aja."
"Maaplah. Aku nak cepat ni. Boleh tak teman aku pergi cari hadiah? Sekali, ada benda aku nak bagitahu kau." soal Dayana.
"Boleh. Nak jumpa dekat mana ni?" soal Dianah.
"Pavilion. Kejap lagi aku sampai. Aku baru keluar dari rumah keluarga Hazael." ujar Dayana.
"Berehh. Jumpa dekat sana nanti."
Talian diputuskan oleh Dianah. Telefon pintarnya dimasukkan semula ke dalam beg. Kemudian, beg berwarna hitam itu disandang ke belakang.
Sebaik sahaja motornya dihidupkan, Dayana melangkah naik ke atas motor. Selepas memastikan minyak motor panas, motor berwarna hitam itu meluncur keluar daripada taman perumah mewah itu.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
❝ WHAT?! SUMPAHLAH family dia pun tak tahu mana perginya si Hazael tu?" soal Dianah. Membulat mata gadis itu akibat tidak percaya.
"Betulah, mak Hazael sendiri yang bagitahu aku. Mereka dah cuba hubungi Hazael tapi nombor lelaki tu mati. Tukar nombor baru agaknya." cerita Dayana.
"Hazael tu... kalau aku dapat── memang kena. Ada hati betul dia tinggalkan Irisy macam tu je? Dahlah tak lama lagi majlis kahwin diorang." gumam Dianah, geram.
"Betul. Aku ganyang nanti tahulah dia langit tinggi ke rendah." tambah Dayana pula. Dia bersetuju dengan Dianah.
Kedua - dua orang gadis itu meneruskan perjalanan mereka. Langkah Dayana mati dihadapan sebuah kedai perhiasan. Lengan Dianah ditarik supaya mengikuti langkahnya. Dia melangkah masuk ke dalam kedai perhiasan tersebut.
"Aku rasa, aku dah tahu dah hadiah apa yang aku nak bagi dekat Ziyad." gumam Dayana.
"Kau nak beli apa?"
"Cincin. Yad tu cincin kahwin pun tak ada." jujur Dayana.
Waktu majlis kahwinnya sebelas bulan lepas, dia tidak dapat membelikan Ziyad cincin. Semuanya kerana masalah kewangan. Maklumlah, masih belajar.
Dianah hanya mengikuti sahaja langkah sahabatnya itu. Gadis itu duduk diatas sebuah kerusi yang disediakan dihadapan meja pameran.
Matanya mula meliar melihat reka bentuk yang disediakan. Dayana jadi rambang mata. Semuanya nampak cantik dan bagus.
"Kau rasa style yang macam mana sesuai dengan Yad?" soal Dayana kepada Dianah. Matanya tidak lepas dari menatap reka bentuk yang ada.
"Aku tak sure-lah. Dulu waktu aku teman kakak aku cari cincin kahwin untuk suami dia, aku duduk diam je dekat sebelah."
Anak mata coklat terang milik Dianah turut melekat pada meja pameran itu. Gadis itu sama - sama menilik segala jenis rekaan yang ada.
Jari telunjuknya digerakan ke arah sebentuk cincin, "Cuba kau tengok yang tu. Nampak minimalist."
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)