ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ TAP! TAP! tap!
Dayana menoleh kebelakang apabila terasa bahunya diketuk menggunakan jari - jemari halus. Wajah Puan Aida yang pertama menyapa pandangan matanya. Segaris senyuman terbit pada wajah gadis itu
"Muncungnya, anak umi ni. Rindukan Ziyad ke?" soal Puan Aida berbau gurauan.
Laju sahaja gadis itu menggelengkan kepalanya. Lengan Puan Aida ditepuk halus, "Umi ada nampak Ziyad hari ini?"
"Belum lagi tapi uwan dengan atuk Aya dah ada dekat bawah."
Membulat mata Dayana apabila mendengar nama panggilan uwan dan atuk itu. Gadis itu bingkas bangun dari duduknya.
"Siapa yang hantar uwan dengan atuk?"
"Itu umi tak tahu. Umi belum sempat tanya lagi. Apa kata Aya turun dan tanya sendiri pada uwan dan atuk. Alang - alang kita dah boleh terus gerak pergi masjid." ujar Puan Aida.
Gadis yang sudah lengkap berbusana pengantin itu mengangguk. Senyuman manis terukir pada wajah cantik Dayana.
"Umi meh la turun dengan Aya sekali." tutur Dayana. gadis itu menghulurkan tangan kepada wanita paruh baya itu.
Huluran tangan Dayana disambut oleh Puan Aida. Wanita paruh baya itu bingkas bangkit dari duduknya. Senyuman manis dikuntumkan buat si dara.
Kedua - dua wanita itu mula berjalan ke arah pintu bilik. Selepas ini, mereka perlu ke masjid Sri Sendayan bagi urusan akad nikah.
Semoga Ziyad berpegang pada janjinya.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
SUDAH HAMPIR 20 minit menunggu. Hampir ke semua tetamu sudah pun tiba di Masjid Sri Sendayan itu. Namun bayang Ziyad masih belum kelihatan.
Keadaan masjid juga mula dipenuhi dengan suara bisikan tetamu yang diundang. Masing - masing mula mempersoalkan tentang keberadaan Ziyad.
Puan Aida melangkah ke arah beranda masjid. Wajah pucat lesi wanita paruh baya itu dipandang khawatir oleh Dayana.
Puan Aida menggelengkan kepalanya, "Ziyad tak dapat dihubungi."
"Hah?!" serentak ke semua tetamu bersuara.
"Saya ada juga cuba untuk hubungi Aidan, namun anak lelaki saya yang seorang tu pun tak jawab panggilan saya." tambah Puan Aida lagi.
Dayana mula cuak. Gadis itu sudah tidak senang duduk. Wajah Nur yang duduk disampingnya itu dipandang penuh tanya.
"Nunur, mana suami kau?" soal Dayana, perlahan.
"Aku tak tahu. Semalam dia keluar pergi cari Ziyad. Semalaman dia tak balik ke rumah umi. Aku call pun dia tak angkat."
Telefon pintar yang berada diatas riba diambil. nombor peribadi Aidan didail. Laju sahaja panggilan tersebut masuk ke peti suara.
Sekali lagi Nur mencuba. Respons tetap sama. Panggilannya disambungkan terus kepada peti suara. Sepertinya nombor suaminya itu mati.
"Aidan tak angkat." gumam Nur.
Dayana mengeluh perlahan. Tak habis fikir Dayana dibuatnya. Dia tetap berusaha supaya tidak berfikiran bukan - bukan. Walaupun dia sudah sehabis baik menolak fikiran negatif itu.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
TAP! TAP! tap!
Dia sudah lambat! Macam mana dia boleh terlambat untuk menghadiri majlis kahwinnya sendiri? Habislah semua orang kecam nanti.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fiksyen Peminat★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k396063.jpg)